PIERER MOBILITY AMBIL ALIH MAJORITI MV AGUSTA

oleh Firdaus Razani|
Syarikat induk KTM, Pierer Mobility Group (PMG) baru-baru ini telah memperoleh pegangan dalam pengeluar motosikal Itali, MV Agusta, selepas pada awalnya membeli jenama Itali itu pada musim luruh 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan jelas hasrat syarikat untuk memperoleh pegangan kawalan dalam MV Agusta pada tahun lepas.

Penyelesaian perjanjian menyaksikan PMG memperoleh pegangan majoriti dalam MV Agusta pada 50.1 peratus yang menjadikan majoriti pegangan syarikat.

Pengurusan dalaman turut terkesan, kerana Hubert Trunkenpolz akan menggantikan Timur Sardarov sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah.

Tambahan itu, Pierer turut merancang meluaskan tapak di ibu pejabat Varese, untuk meningkatkan kapasiti kemudahan.

 

Sumber laporan : VisorDown