Proton dijangka lancar EV pertama 2025

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Sebelum ini, Proton telah mengumumkan ketibaan produk kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2027.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun dalam laporan terbaharu daripada Bernama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, Proton akan mempercepatkan pengenalan EV pertama mereka pada tahun 2025.

“Kita mungkin ada model yang mampu milik tetapi tidak praktikal. Oleh itu, kami sedang mengenal pasti bersama dengan Geely untuk mempercepatkan projek itu dan ini juga atas saranan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memastikan Proton dapat mempercepatkan projek kenderaan elektrik.

“Insya-Allah, jika ada makluman yang terbaru, kita akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen Proton Rahmah 2023 baru-baru ini.

Tahun lepas, Proton telah mengorak langkah baharu di dalam segmen kenderaan elektrik menerusi kemasukan jenama EV smart, dan menariknya mereka juga sedang mempertimbangkan kemasukan jenama-jenama lain di bawah Geely untuk memenuhi segmen pengguna yang berbeza.

Geely kini mempunyai beberapa buah jenama kenderaan elektrik seperti Polestar, Lynk & Co, Zeekr, Geometry, Radar Auto serta sebuah jenama e-hailing yang baharu dilancarkan - Cao Cao Mobility.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…