Menurut laporan daripada rakan media Wapcar.my, Persona MC2 (Minor Change 2) itu hanya akan ditawarkan dalam transmisi CVT sahaja, namun ia akan dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) yang memberikan rasa pemanduan seperti menggunakan gear manual.
Difahamkan, fungsi SAT pada Proton Persona ini akan diaktifkan secara automatik dan bukannya macam Saga FLX yang perlu diaktifkan secara manual.
Beberapa gambar bocor yang terdahulu mencadangkan Proton Persona MC2 bakal menerima perubahan besar terutama pada bahagian ruang kabin yang tampaknya lebih mewah.
Antaranya adalah unit paparan infotainmen jenis terapung, unit kawalan iklim rekaan baharu, stereng berlogo baharu, perehat tangan, kemasan kulit pada tempat duduk serta panel pintu berwarna perang.
Bahagian luaran pula menampilkan penggunaan rim bersaiz 16 inci, lampu utama jenis LED, serta rekaan bampar hadapan dan belakang yang dikemaskini.
Sumber gambar: Automachi
Sumber: Wapcar