Produksi terganggu, hanya 2 unit pikap GMC Hummer EV dihantar pada suku pertama 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama pengeluar kereta dari US, GMC baru-baru ini melaporkan mereka berjaya menjual sebanyak 130,608 unit kereta pada suku pertama 2023 di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV mengalami nasib berbeza dimana hanya 2 unit dihantar ke pelanggan pada suku pertama tahun ini.

 

2

 

Angka tersebut merupakan yang paling teruk pernah dicatat semenjak ia mula dihantar pada suku keempat tahun 2021, dengan 98% penurunan berbanding 99 unit pada tahun 2022.

Sebagai rujukan, GMC telah menghantar sebanyak 854 unit GMC Hummer EV pada tahun 2022, dimana jumlah sehingga kini sebanyak 857 unit.

 

3

 

Menurut InsideEVs, penurunan itu disebabkan GMC kini sedang memulakan persediaan untuk mengendalikan model tambahan berasaskan Ultium (terutamanya Chevrolet Silverado EV) di Factory ZERO, Michigan (Detroit dan Hamtramck).

Chevrolet Silverado EV kini merupakan keutamaan untuk General Motors disebabkan volum projek dan nilai yang lebih tinggi. Silverado EV juga diutamakan untuk bersaing dengan Ford F-150 Lightning dan pikap elektrik lain.

 

4

 

Kilang itu sedang dinaik taraf supaya Chevrolet Silverado EV dapat memenuhi jangkaan jualan pada lewat musim bunga di sana.

Sementara itu, GM mengatakan bahawa Factory ZERO kini sedang membina dan menghantar pikap dan SUV GMC Hummer EV, bermaksud bahawa jualan pada suku kedua 2023 bakal jadi lebih baik.

 

5

 

GMC juga telah menutup tempahan untuk model pikap dan SUV GMC Hummer EV pada bulan September, dengan lebih daripada 90,000 unit ditempah.

Pada Oktober 2022, pikap dan SUV GMC Hummer EV dilaporkan telah habis dijual untuk tempoh selama dua tahun, ini bermakna mereka yang ingin membeli model tersebut bakal menunggu lebih lama berbanding mereka yang telah menempah.

Baca: GMC Hummer EV 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak pun lama selepas kemunculan semula Hummer EV pada tahun lalu, GM telah pun mengesahkan…
Berita Global
Telah diperkenalkan sejak tahun 2019, namun apa yang mengecewakan pada model tersebut adalah ruang…
Berita Global
Dengan pengenalan baharu ini, Hummer EV merupakan kenderaan elektrik pertama dan juga trak pikap…