Porsche Mission X bakal debut di Laguna Seca pada September ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada awal Jun lepas, Porsche telah mendedahkan model konsep Mission X bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk menakluki takhta kereta terpantas di Litar Neraka Hijau Nurburgring Nordschleife.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini Porsche Mission X diberitakan bakal membuat debut di acara Rennsport Reunion 7, bertempat di WeatherTech Raceway Laguna Seca, US pada bulan September ini.

Rennsport Reunion 7 merupakan acara automotif terbesar yang diadakan beberapa tahun sekali bagi mengumpulkan jentera-jentera lumba dan klasik, serta para pelumba Porsche.

Rennsport Reunion 7 tahun ini akan berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober dimana ia akan menyertakan timbunan aksi daripada model Porsche klasik dan moden terbaik.

Tiga kali Juara IMSA GT2, Patrick Long dan ketua eksekutif Porsche Motorsport Amerika Utara, Alwin Springer akan menjadi ketua marshal untuk acara tahun ini.

 

2

 

Walaupun Porsche Mission X merupakan model konsep, ia dijangka membawa kepada penciptaan model produksi yang akan menjadi pengganti terus kepada Porsche 918 Spyder hibrid.

Buat masa ini, Porsche tidak mendedahkan butiran lengkap tentang rangkaian kuasanya, selain daripada mengesahkan bahawa ia adalah elektrik sepenuhnya.

Namun yang menariknya, ia disasarkan untuk memiliki nisbah kuasa-kepada-berat sekitar 1 PS/kg.

Porsche juga telah mereka bentuk dan membangunkan Mission X untuk menghasilkan lebih banyak daya turun (downforce) daripada 911 GT3 RS semasa dengan 860 kg dihasilkan pada 285 kmj.

 

3

 

Sudah pastinya, Porsche mahu menghasilkan model yang mampu mencipta rekod pusingan kereta pengeluaran baharu terpantas di sekitar Nurburgring Nordschleife.

Sebelum ini juga, Porsche telah menghasilkan model konsep kedua-dua Carrera GT dan 918 Spyder yang kelihatan hampir sama dengan model pengeluaran akhirnya.

Jadi ianya hampir pasti untuk mengandaikan bahawa hypercar baharu dari Porsche itu kelihatan sangat serupa dengan model konsep Mission X.

Tentu sekali, ketiadaan enjin pembakaran dalaman (ICE) pada hypercar baharu itu pasti mengecewakan ramai peminat dan pengumpul tegar Porsche.

 

Baca: Mission X - impian Porsche untuk capai rekod terpantas Nurburgring

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…