Mission X - impian Porsche untuk capai rekod terpantas Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti pengeluar lain, Porsche juga mempunyai impian untuk menakluki takhta kereta terpantas di Litar Neraka Hijau Nurburgring Nordschleife.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk merealisasikan cita-cita tersebut, Porsche baru-baru ini memperlihatkan sebuah model konsep yang nampaknya sudah sedia untuk diproduksikan, digelar sebagai Mission X.

Ukuran dimensi Mission X tidak lari jauh berbanding dua model halo Porsche yang muncul sebelum ini (918, Carrera GT).
 

mission x


Ia membawakan ukuran sepanjang 4,596 mm, lebar 1,999 mm, tinggi 1,199 mm sementara jarak antara roda pula sepanjang 2,728 mm.

Rekaan luaran Mission X membawakan evolusi baharu yang bakal menjadi identiti Porche masa depan.

Seperti contoh, unit lampu dengan grafik empat poin telah diubah menjadi bentuk menegak ke bawah yang diinspirasikan daripada jentera lumba bersejarah Porsche 906 dan 908.
 

mission x


Sementara bahagian belakang pula dihiasi dengan bar lampu LED yang terapung diikuti dengan perkataan PORSCHE yang telus pandang bercahaya. Menariknya, huruf E pada Porsche itu akan berkelip semasa proses pengecasan dibuat.

Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan disambut dengan sepasang tempat duduk bucket diperbuat daripada bahan gentian karbon, tali pinggang keledar enam poin, balutan upholsteri berbeza (Kalahari Grey untuk pemandu, Andalusia Brown untuk penumpang), serta roda stereng 'open top'.
 

mission x


Di bahagian penumpang, terdapat satu sistem cagak khas yang boleh digunakan untuk pemasangan modul jam randik yang mempunyai paparan analog dan digital - sesuai untuk kegunaan di litar lumba selain memaparkan catatan masa dan juga data penting untuk pemandu.

Satu lagi ciri menarik yang wujud pada Mission X ialah kewujudan beberapa unit kamera yang boleh digunakan untuk tujuan rakaman sewaktu membuat pemanduan berprestasi.
 

mission x


Spesifikasi trenkuasa masih lagi dirahsiakan, namun syarat yang dikenakan untuk Mission X memasuki fasa produksi adalah seperti berikut:
• ia perlu menjadi kereta jalanan yang pantas di Nurburgring Nordschleife
• nisbah kuasa-kepada-berat sekitar 1 PS/kg
• mencapai nilai daya mendap (downforce) melebihi angka yang tercatat pada 911 GT3 RS
• senibina elektrik 900-voltan yang mampu menambahbaik prestasi pengecasan, sekurang-kurangnya dua kali lebih pantas berbanding Taycan Turbo S

Seperkara lagi, pek bateri Mission X dipasangkan di bahagian belakang tempat duduk yang membolehkan karakteristik pengendalian yang lebih lincah - sama seperti kereta konvensional berenjin tengah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini Porsche Mission X diberitakan bakal membuat debut di acara Rennsport Reunion 7,…