Porsche Cayenne 2024 facelift didedahkan - Reka bentuk kabin baharu, lebih kuasa, 650 HP untuk Turbo GT

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah beberapa bulan didedahkan dengan kempen teaser, Porsche Cayenne 2023 versi facelift didedahkan secara rasmi bertempat di acara pameran Auto Shanghai 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi facelift itu didatangkan dengan peningkatan rupa untuk bahagian luar, reka bentuk papan pemuka serba baharu dan naik taraf trenkuasa yang ketara.

Untuk varian paling rendah Cayenne, ia masih dikuasakan oleh enjin V6 3.0 liter turbo yang ditambah baik dimana ia kini menghasilkan 348 HP dan 500 Nm, naik sebanyak 13 HP dan 50 Nm berbanding sebelum ini.

 

2

 

Varian Cayenne E-Hybrid juga dikuasakan enjin V6 3.0 liter turbo yang dipadankan bersama motor elektrik dengan kuasa tambahan sebanyak 174 HP, menjadikan kuasa keseluruhan sehingga 463 HP.

Cayenne E-Hybrid kini dilengkapi pek bateri berkapasiti 25.9 kWj berbanding 17.9 kWj sebelum ini, dimana ia kini mampu bergerak sejauh 90 km dengan kuasa elektrik.

Untuk varian Cayenne S, ia kini menerima naik taraf enjin V8 4.0 liter turbo berkembar berbanding enjin V6 sebelum ini, dimana ia menghasilkan 468 HP dan 600 Nm, ia turut ditawarkan dengan tambahan Sport Chrono Package.

 

3

 

Akhir sekali, varian paling berkuasa, Cayenne Coupe GT Turbo dikuasakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar dengan talaan yang menghasilkan kuasa sehingga 650.

GT Turbo didatangkan standard dengan pelbagai naik taraf prestasi seperti stereng roda belakang, suspensi udara, brek komposit seramik, dan paip ekzos titanium.

Varian Cayenne, S dan E-Hybrid akan menerima penyerap hentak dua injap dengan peringkat lantunan dan mampatan yang berasingan.

 

4

 

Kesemua varian akan dilengkapi secara standard dengan Porsche Active Suspension Management yang menerima kemaskini pengurusan pitch-dan-roll lebih baik.

Sistem suspensi udara baharu yang didatangkan standard pada Turbo GT turut ditawarkan sebagai pilihan pada varian lain, Porsche mengatakan tetapan suspensi itu mempunyai perbezaan yang lebih tajam antara mod pemanduan Normal, Sport dan Sport Plus.

Untuk varian Cayenne Coupe, ia boleh didapati dengan pilihan Lightweight Sport Package yang mengurangkan 72 paun dari kenderaan.

 

5

 

Cayenne 2024 kini dilengkapi lampu hadapan LED Matrix secara standard, dimana ia mempunyai bentuk yang lebih tajam daripada sebelumnya, lampu belakang baharu juga kini mempunyai ketinggian seragam.

Pada bahagian papan pemuka, ia kini dilengkapi instrumen digital 12.6 inci pada bahgaian pemandu, bahagian tengah pula dilengkapi paparan infotainmen standard 12.3 inci

Dari segi keselamatan, versi facelift itu kini didatangkan dengan Lane Change Assist dan Lane Keep Assist secara standard.

 

5

 

Skrin 10.9 inci pada papan pemuka bahagian penumpang  merupakan pilihan tambahan baharu, ia membolehkan seseorang yang duduk di bahagian penumpang mengawal sistem navigasi atau menstrim video.

Versi facelift itu turut tersedia dengan tiga warna baharu iaitu Algarve Blue Metallic, Montego Blue Metallic dan Arctic Grey.

Berikut merupakan harga yang ditawarkan untuk Porsche Cayenne 2024 facelift:

  • Cayenne / USD80,850 (RM358,529)
  • Cayenne Coupe / USD85,950 (RM381,145)
  • Cayenne E-Hybrid / USD93,350 (RM413,960)
  • Cayenne Coupe E-Hybrid / USD97,350 (RM431,698)
  • Cayenne S / USD97,350 (RM431,698)
  • Cayenne S Coupe / USD103,750 (RM460,079)
  • Cayenne Coupe Turbo GT / USD197,950 (RM877,809)

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…