Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan menggunakan jadual digital My-TTA dalam aplikasi PLUS sepanjang 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.
PLUS turut mengambil langkah proaktif sebagai persediaan terhadap peningkatan trafik seperti:
• menambah pasukan PLUSRonda
• menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan antara 20 Disember 2023-1 Januari 2024 (kecuali kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera)
• menugaskan 4,600 kakitangan di plaza tol, anggota PLUSRonda, kakitangan penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik dan anggota RELA
• menyediakan maklumat trafik terkini menerusi My-TTA, papan tanda elektronik, aplikasi PLUS, X @PLUSTrafik, laman media sosial, Chatbot PUTRI dan stesen-stesen radio
Laluan SmartLane akan diaktifkan di beberapa lokasi kritikal seperti:
• Persimpangan Senai Utara-Persimpangan Kulai (KM19.0-KM27.0 Arah Utara) pada 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024, jam 8.00 pagi-6.00 petang
• Persimpangan Port Dickson-Persimpangan Seremban (KM260.0-KM263.1 Arah Utara) pada 23 Disember-25 Disember 2023, 29 Disember 2023-1 Januari 2024, jam 9.00 pagi-10 malam
Sementara itu, pengaktifan SmartLane berikut adalah bergantung kepada trafik semasa:
• Laluan Gua Tempurung-Gopeng (KM306.7-KM297.0 Arah Utara)
• Laluan Slim River - Sungkai (KM366.8-KM354.0 Arah Utara)
• Kawasan Rehat dan Rawat Rawang - Persimpangan Sungai Buaya (KM439.5-KM435.5 Arah Utara)