PLUS aktifkan 14 'SmartLane' sempena Cuti Tahun Baharu Cina

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik kepada 2.1 juta kenderaan sehari berikutan cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik bersempena dengan musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Lokasi yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

smartlane


PLUS juga turut memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan bermula 5 Februari hingga 16 Februari untuk kelancaran pergerakan trafik.

Seramai 450 orang anggota PLUSRonda akan ditugaskan untuk membuat lebih banyak rondaan dan memberikan bantuan kepada pengguna lebuh raya, diikuti dengan 1,500 orang kakitangan di plaza tol bagi memastikan semua 1,075 lorong beroperasi sepenuhnya.

Di kawasan rehat & rawat, seramai 2,100 orang kakitangan penyelenggaraan akan ditugaskan untuk memastikan kebersihan di semua fasiliti terjaga.

PLUS juga akan menyediakan tandas tambahan di 21 lokasi terpilih, serta menyediakan 79 kawasan meletak kenderaan tambahan di beberapa lokasi terpilih.
 

plus


Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi turut menyeru pengguna supaya memuat turun aplikasi PLUS dan menggunakan jadual MyPLUS-TTA untuk merancang perjalanan mereka.

"MyPLUS-TTA telah dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya dan ia membolehkan PLUS mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi daripada terkumpul di satu-satu lokasi secara serentak dan terperangkap dalam kesesakan.

"Pengguna boleh mendaftarkan perjalanan mereka sekiranya bercadang untuk menggunakan lebuh raya antara 8 Februari hingga 13 Februari akan datang.

Selain aplikasi mudah alih, PLUS akan menyampaikan informasi penting secara berterusan menerusi papan tanda elektronik, laman media sosial terutama X @PLUSTrafik, media massa dan sebagainya.
 

MYTTA


Alternatifnya, pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine (1800-88-0000) atau Chatbot PUTRI (019-356 9802) menerusi aplikasi WhatsApp.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…
Berita Domestik
Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan menggunakan jadual…