Ia bakal dipertunjukkan kepada umum menjelang acara Geneva Motor Show pada Mac 2019 nanti.
Hypercar yang sebelum ini dikenali dengan kod nama FP0 itu dikatakan mampu memecut sepantas kurang daripada 2 saat dari pegun sebelum mencapai 100 km/j, dengan kelajuan maksimum melebihi 400 km/j.
Prestasi tersebut mampu dicapai terima kasih kepada sistem pacuan semua roda dan motor elektrik yang mampu menjana kuasa sekitar 1,904 hp dan daya kilas gergasi 2,300 Nm.
Menurut Pininfarina lagi, Battista mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 500 km untuk sekali cas - kami menganggarkan jarak tersebut mampu dicapai sekiranya anda membawa hypercar ini dengan sopan santun dan bukan dengan kelajuan 400 km/j sepanjang masa.