Penganjuran MotoGP lebih murah berbanding F1, Formula E

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan Formula E.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, jika kerajaan menganjurkan MotoGP, ia membabitkan perbelanjaan sekitar RM53.2 juta manakala F1 pula memerlukan modal jauh lebih tinggi sekitar RM228 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali ganda daripada MotoGP iaitu RM120 juta.

"Walaupun semua orang mengatakan penganjuran ini bagus, penganjuran itu bagus, tetapi kita kena tengok kemampuan dan minat rakyat terhadap sukan berkenaan.

"Kenapa MotoGP? Seperti saya katakan, 182,000 pengunjung akan datang dan Litar Antarabangsa (Petronas) Sepang memerlukan acara MotoGP ini," katanya.

Hannah berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2023 KBS di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Hannah berkata, terdapat pihak cuba menganjurkan F1 tanpa pengetahuan pihak kerajaan meskipun ia membida dan mendapat hak itu.

"Selepas bida, mereka datang berjumpa dan kata kita sudah dapat bidaan dan nak duit untuk anjurkan (F1).

"Jadi tidak adil untuk kerajaan kalau ada pihak yang pergi bida tanpa mendapatkan kelulusan," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada…
Berita Domestik
Beliau yang kesal dengan keputusan tersebut berkata, litar drag juga mampu menjadi platform terbaik…
Berita Domestik
Dalam respons kepada soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Menteri Belia dan Sukan…