Peter Schreyer terima anugerah Pencapaian Seumur Hidup dari Autocar

oleh Muhammad Md Tajudin|
Peter Schreyer
Peter Schreyer
Satu daripada ikon reka bentuk kenderaan masa kini ialah Peter Schreyer. Hasil kerja beliau boleh dilihat pada transformasi reka bentuk kenderaan Kia.

Tidak hanya Kia, dI dalam konglomerat Hyundai Motor Group beliau terlibat di dalam pelbagai projek Hyundai dan Genesis.

Dengan itu tidak hairan beliau diperakui oleh pengguna dan juga industri.

Terbaru, AutoCar mengiktiraf beliau dengan memberikan anugerah Pencapaian Seumur hidup untuk kareer hebat berpuluh tahun lamanya.

Peter Schreyer sekarang ini memegang jawatan Penasihat Eksekutif Reka Bentuk dan duta jenama di Hyundai Motor Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Sportage

 

Beliau mengetuai kaedah pembangunan produk yang diterajui oleh reka bentuk (design led) Kia dalam tempoh lebih sedekad.

Usaha dan kepakaran beliau dapat dilihat pada transformasi dan kejayaan Kia di peringkat global pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pengarang Autocar, Mark Tisshaw memberi ulasan yang menarik tentang Peter Schreyer seperti berikut:

"Hanya beberapa individu yang mempunyai kesungguhan dan keupayaan bagi mengubah laluan sebuah konglomerat kereta yang besar ke arah lebih baik.

"Itu yang dilakukan oleh Peter Schreyer pada tahun 2006 apabila beliau menerima jawatan sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk Kia.

"Untuk mengatakan beliau telah berjaya dalam misinya tidak sesuai.

"Jualan global Kia telah melonjak dari 1.6 juta kepada 3 juta di antara tahun 2009 dan 2016 dan sebahagian besar disumbang oleh tarikan reka bentuk model era Schreyer.

Portfolio beliau mewakili standard emas dalam kejayaan reka bentuk automotif dan beliau sememangnya layak untuk anugerah Seumur Hidup Autocar 2022."

 

Kia Stinger 2017

 

Peter Schreyer dilahirkan pada tahun 1953 di Bad Reichenhall, Jerman dan mempunyai kareer menarik sebagai pereka automotif.

Beliau belajar di University of Applied Sciences di Munich dan Royal College of Art di London yang kemudian menganugerahkan beliau doktor kehormat pada tahun 2007.

Pada tahun 2006, beliau memulakan karier di Kia sebagai Ketua Pegawai Pereka Reka Bentuk.

Beliau bertanggungjawab dalam memperkenalkan arah reka bentuk baharu termasuk pengenalan identiti gril hidung harimau yang terus diguna sehingga hari ini.

 

Kia Kee 2007
Kia Kee 2007

 

Di antara hasil kerja beliau ialah Sportage generasi ketiga dan keempat, Stinger, K5 dan Telluride.

Beliau juga terlibat di dalam beberapa kereta konsep yang inovatif seperti Kia Kee (2007) dan Kia Pop (2010).

Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Reka Bentuk Hyundai Motor Group dan sekarang ini sebagai Penasihat Eksekutif Reka Bentuk dan duta jenama kumpulan.

Sebelum berkhidmat bersama Kia, beliau bertanggungjawab dalam reka bentuk Audi TT, New Beetle, Golf Mk4 di dalam Audi dan Volkswagen Group.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Pop 2010

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata…
Berita Global
Jika ada anugerah pereka paling popular setaraf selebriti, Peter Schreyer adalah individu paling…