MERCEDES VISION EQXX CIPTA REKOD BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Kereta elektrik konsep Mercedes iaitu Mercedes EQXX baru-baru ini telah memecahkan rekod jarak gerak dan kecekapannya sendiri pada ujian jarak gerak kali ketiganya dari Riyadh ke Dubai.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata kecekapan mengagumkan 7.4 kWj/100km.

Ia merupakan perjalanan jalan raya jarak jauh ketiga kereta itu, berikutan dua percubaan sebelumnya di Eropah, dan kali kedua kereta sport itu telah mengembara lebih daripada 1000km.

Kali ini, Vision EQXX telah mengembara sejauh 1010km dalam 14 jam dan 42 minit, pada kelajuan purata 68kmj.

 

eqxx

 

Pada akhir ujian, komputer on-board kereta itu mendakwa baki jarak 308km, dan menunjukkan jarak keseluruhan 1318km.

Tambahan itu, Mercedes berkata purata 7.4 kWh/100km adalah bersamaan dengan 282mpg (120km/l) dalam kenderaan yang dijana petrol.

Sebelum ini, EQXX dipandu dari Stuttgart ke Cassis sejauh 1008km dan Stuttgart ke Silverstone sejauh 1202km, ia telah mengembalikan angka kecekapan masing-masing 8.7 kWj/100km dan 8.2 kWj/100km.

 

eqxx

 

Pada pemanduan ketiganya ia memasuki kawasan bandar dan luar bandar di Riyadh dan Dubai, mengharungi kesesakan lalu lintas dan pemanduan jalan terbuka merentasi padang pasir.

Mercedes berkata matlamat sebenar adalah untuk memaksimumkan kecekapan dan menyelidik pengurusan haba sistem EV yang direka khusus oleh Mercedes.

Mercedes turut menganalisis prestasi bumbung solar kereta itu, yang terdiri daripada 117 sel solar dan menyokong sistem voltan tinggi.

Di seberang padang pasir, bumbung solar tersebut mengambil 1.8kWj tenaga, yang menurut Mercedes menambah jarak tambahan sekitar 24km.

 

eqxx

 

Selain itu, penyaman udara EQXX menjadi ciri yang sering memberi kesan besar kepada rangkaian kereta elektrik, ia telah dihidupkan untuk keseluruhan perjalanan.

Ia bagaimanapun memberi kesan yang minimum pada kecekapan tenaga dengan disokong oleh pam haba yang baru dibangunkan.

Pam haba tersebut merupakan versi yang telah muncul dalam model konsep CLA Class yang didedahkan pada pameran motor Munich 2023, dan berkemungkinan akan memasuki EV Mercedes pada masa depan.

 

eqxx

 

Vision EQXX dikuasakan oleh pek bateri litium ion berkapasiti 100kWj yang memberi kuasa pada motor segerak magnet kekal tunggal RWD dengan kuasa output sehingga 245hp dan 500Nm tork.

Ia mampu memecut dari 0-100 hanya dalam kira-kira 7 saat, dan sebagai ujian untuk penyelidikan seni bina kenderaan elektrik dan untuk membangunkan barisan kenderaan elektrik masa depan Mercedes.

 

SUMBER : Autocar