Memetik laporan Automotive News, ketua pegawai pemasaran dan komersial Ferrari Enrico Galliera mendedahkan permintaan terhadap model tersebut sangat tinggi.
"Terdapat risiko kami tidak dapat memenuhi permintaan, dan mungkin kami akan menutup pengambilan tempahan dalam masa terdekat," ujarnya.
Biarpun Ferrari tidak mendedahkan jumlah tempahan yang diterima, namun angka produksi crossover itu akan dihadkan tidak lebih 20 peratus atau 3,000 unit daripada jumlah keseluruhan produksi tahunan sebanyak 15,000 unit.
Melihatkan kepada tempoh hayat sesebuah model Ferrari hanya empat atau lima tahun sahaja, ini bermakna Ferrari mungkin akan menghasilkan kira-kira 12,000 hingga 15,000 unit Purosangue.
"Kami amat komited terhadap pelanggan kami, walaupun terdapat permintaan yang tinggi, kami akan tetap mengawal angka produksi, sesuatu yang konsisten dengan DNA kami, dengan misi pengasas kami untuk mengekalkan tahap eksklusif kenderaan kami.
"Hanya satu cara untuk kekal eksklusif adalah dengan mengawal permintaan dan penawaran.
Tambahnya lagi, kehadiran model Purosangue sememangnya mampu menarik perhatian golongan pembeli baharu kepada jenama itu, namun beliau mengakui pelanggan sedia ada akan menjadi kelompok pertama menerima crossover baharu itu.
"Setiap pemilik Ferrari mahu mendapatkan model Purosangue, dan kami perlu memberikan ganjaran tersebut kepada mereka memandangkan merekalah yang menjadikan jenama Ferrari seperti yang ada pada hari ini.
Baca: Ferrari Purosangue 2023
Sumber: Automotive News