SU7, kereta elektrik pertama Xiaomi dibuka untuk tempahan minggu ini

oleh Penyumbang Rencana|
Xiaomi mendedahkan kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat itu dijangka menjadi menjadi model paling menarik, mudah dipandu dan paling pintar yang berharga di bawah 500,000 yuan (RM328,723). ketika pengeluar produk elektronik China itu bersedia untuk membuka tempahan model berkenaan minggu ini.

Xiaomi akan mengumumkan harga rasmi dan mula menerima tempahan bagi model Speed Ultra 7 atau SU7, Khamis ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun dalam akaun Weibo rasminya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember dan mengumumkan ia menyasarkan untuk menjadi antara lima pembuat kereta terbaik dunia.

Jun mendedahkan syarikat itu memiliki teknologi yang mampu memberikan pecutan lebih baik daripada kereta Tesla dan EV Porsche.

Sejumlah 76 kedai Xiaomi di 29 bandar raya di China mula mempamerkan EV berkenaan pada Isnin, dengan bakal pelanggan dan penulis blog automotif beratur untuk melihat dengan lebih dekat versi 'biru laut'.

Xiaomi juga telah memuat naik aplikasi 'Xiaomi Car' ke kedai aplikasi China.

specs

Di satu bilik pameran di Beijing, Jim Yan mengagumi reka bentuk SU7.

"Sama ada telefon Xiaomi atau kereta Xiaomi, reka bentuknya sangat asli, kata Yan, 28, yang bekerja dalam industri undang-undang.

Bagi Yan dan ramai lagi pengguna telefon pintar dan elektronik kediaman Xiaomi yang lebih murah, jenama itu telah meraih reputasi dalam memberikan nilai yang baik kepada pelanggan.

"Pendapat saya, harga Xiaomi adalah pada julat paling pertengahan. Jika harganya terlalu tinggi, terutamanya kerana ia adalah kereta pertama mereka, saya fikir ia masih perlu diuji oleh pasaran," kata Yan.

SU7 hadir dengan dua versi - iaitu versi dengan jarak pemanduan sehingga 668 kilometer (km) dengan sekali cas dan versi lagi dengan jarak pemanduan sehingga 800km.

Sebagai perbandingan, Model S Tesla menawarkan jarak pemanduan sehingga 650km.

Pengeluar telefon pintar kelima terbesar di China itu berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan kepada EV, di tengah-tengah permintaan yang tidak stabil untuk telefon pintar - pelan yang pertama kali diketengahkan pada 2021.

Syarikat teknologi China lain yang telah bekerjasama dengan pembuat kereta untuk membangunkan EV termasuk gergasi telekomunikasi Huawei HWT.UL dan firma enjin carian Baidu.

Xiaomi mengumumkan peruntukan pelaburan AS$10 bilion (RM47.35 bilion) dalam automotif dalam tempoh sedekad dan menjadi antara beberapa peserta baharu dalam pasaran EV China yang menerima kelulusan daripada pengawal selia.

Kereta keluarannya dihasilkan oleh unit pengeluar kereta milik kerajaan, BAIC Group di kilang Beijing dengan kapasiti tahunan 200,000 kenderaan.

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Mereka dijangka akan melancarkan model EV pertama pada tahun 2024, di mana anda boleh melihat model…
Berita Global
Kini, syarikat gergasi elektronik China itu akan membangunkan sebuah fasiliti produksi yang mampu…