Pengedar baharu Harley-Davidson di Pulau Pinang kini dibuka

oleh Arahman Crew|
Pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson Motor Company, telah mengumumkan pelancaran semula rasmi wakil pengedar rasmi mereka di Autocity Juru, Pulau Pinang dengan kos keseluruhannya sebanyak RM6 juta pada hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harley Davidson Pulau Pinang merupakan yang ke-3 selepas Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Melaka dan mereka akan memperkukuhkan lagi serta komited jenama bekenaan dalam memperluaskan lagi kehadiran mereka dan memperkasakan lagi jaringan pengedarannya dalam pasaran yang sedang membangun ini.
 

GB motorcycle Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengendali baharu Harley-Davidson Pulau Pinang, yang mana ianya merupakan satu kerjasama antara Goh Brothers Group (kumpulan peruncit automotif) dan Kheoh Hock Seng (pakar motosikal premium di Pulau Pinang). 

Turut memeriahkan majlis pelancaran ini, para pemilik dan penunggang dari seluruh negara, Encik Goh Kian Sin, dan Encik Kheoh Hock Seng, Pengarah-pengarah syarikat serta Encik Koh Jyh Woei, Pengurus Rantau di Harley Davidson Asia Emerging Market.

Encik Johan Kleistuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market berkata, "Dengan komitmen kukuh terhadap pasaran Malaysia sejak 2008, Harley-Davidson telah menumpukan sepenuh perhatian dalam membangunkan komuniti yang boleh dipercayai buat para peminat motosikal tempatan serta membangunkan sebuah jaringan pengedaran yang kukuh di seluruh negara. Bagi kami, wakil pengedar rasmi kami adalah amat penting kerana mereka adalah teras dalam menawarkan keseluruhan pengalaman bersama Haley-Davidson secara premium. kami berasa teruja bersama GB Motorcycle bagi mebolehkan lebih ramai penunggang menikmati jenama Harley-Davidson dan melahirkan generasi yang seterusnya. 

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, wakil pengedar rasmi berkenaan dengan bangganya telah menyerahkan unit pertama di Malaysia bagi model MY19 Tri Glide Ultra kepada pemiliknya di Pulau Pinang, berharga RM291,200 (harga asas tidak termasuk insuran dan pendaftaran)

Harley-Davidson Pulau Pinang terletak di alamat 1679-G1, jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600, Pulau Pinang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian +604-506 2200 atau layari www.harleypenang.com/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…