Harley-Davidson Malaysia lancar 2 model CVO 2023 - RM331,900 dan RM341,300

oleh HEZERI SAMSURI|
Harley-Davidson melancarkan dua model premium dari Custom Vehicle Operations (CVO) ke pasaran Malaysia.

Model CVO Street Glide dan CVO Road Glide menampilkan enjin-enjin baharu Milwaukee-Eight VVT 121 akan dijual pada harga RM331,900 dan RM341,300.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan kelengkapan khusus dari unit CVO, umpama M untuk BMW dan AMG untuk Mercedes-Benz, walaupun CVO lebih kepada rekabentuk dan aksesori, bukannya prestasi.

Model CVO juga cukup laris dalam pasaran grey import dari pengimport AP di mana setiap unit yang dibawa masuk habis terjual.

Model-model CVO ini sudah boleh ditempah dari wakil-wakil pengedar rasmi Harley-Davidson.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…