Pemandu Tesla ditangkap tidur ketika guna mod suapandu pada 150 kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang lelaki Kanada berusia 20 tahun bakal menerima hukuman denda dan penjara selepas beliau ditangkap ketika tidur di dalam Tesla miliknya yang sedang dipandu sendiri oleh sistem suapandu yang ditala untuk kelajuan 150 kmsj.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insiden yang berlaku pada September lalu dikesan oleh orang awam yang melihat pemandu dan penumpang Tesla Model S itu sedang tidur dengan tempat duduk dibaringkan ketika Tesla itu dipandu secara Autopilot pada kelajuan lebuhraya.

Ia adalah kes pertama seumpanya di Kanada dan seperti 99 peratus negara-negara lain di dunia, mod suapandu itu tidak dibenarkan di atas jalanraya awam.

Kes-kes kemalangan akibat mod “autopilot” masih wujud dan tidak ada satu pun syarikat kenderaan yang berani berkata mod suapandu itu boleh dipercayai 100 peratus.

* Laporan lengkap di Motoring Australia

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…