Pelajar U ini terpilih sebagai pelatih industri a'bangsa pertama di McLaren

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pelajar U ini terpilih sebagai pelatih industri a'bangsa pertama di McLaren
Pelajar U ini terpilih sebagai pelatih industri a'bangsa pertama di McLaren
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), latihan industri adalah sangat penting. Ia ibarat tingkap atau pintu untuk melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Oleh itu, pemilihan syarikat atau firma yang benar-benar dapat memberi pendedahan amat penting. Bukan setakat bekerja menjaga kaunter atau membuat salinan fotostat sahaja.

Ini berita tahun lalu tetapi dilihat masih relevan. McLaren Automotive adalah jenama automotif gah dan ini adalah pelajar pertama yang terpilih untuk dianugerahkan program latihan industri (internship) antarabangsa syarikat dari United Kingdom itu.

Siapakah pelajar bertuah tersebut?

Pelajar antarabangsa yang pertama memperolehi peluang ini ialah penuntut dari University of Auckland, New Zealand (NZ).

Menariknya terdapat beberapa kebetulan. Pertama, empunya badan bernama Andrew McLaren manakala pengasas McLaren pula ialah Bruce McLaren. 

Kedua, Bruce dan Andrew berasal dari New Zealand dan mereka mempunyai kisah penajaan yang mirip apabila hampir 60 tahun lalu, pengasas McLaren mengembara dari negara asalnya ke England susulan program ‘Driver to Europe’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Grand Prix Antarabangsa New Zealand khusus untuk pelumba berbakat NZ supaya dapat bersama dengan pasukan terbaik dunia.

Bruce dilahirkan di Auckland, NZ dan beliau adalah pelajar di Auckland University of Technology sebelum ke England. Beliau mengasaskan syarikat McLaren Automotive pada tahun 1963 dan merupakan seorang jurutera, inovator dan juga pelumba yang berjaya.

Bruce meninggal dunia pada 2 Jun 1970 apabila kereta lumba yang diuji di litar Goodwood terlibat dalam kemalangan. Beliau hanya berusia 32 tahun ketika itu.

Andrew pula adalah pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan dan mengambil kursus Kejuruteraan Mekatronik. Bidang itu ialah gabungan di antara ilmu mekanikal, elektrikal dan kejuruteraan komputer.

Beliau menjalani latihan industri selama sembilan minggu di Pusat Teknologi McLaren di Woking bermula hujung tahun lepas di samping jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Tugas Andrew adalah dalam bidang R&D produk masa depan terutama sekali mengenai usaha McLaren bagi mengurangkan emisi untuk kereta sport dan kereta super akan datang.

Dan untuk pelajar tempatan, usahakan supaya anda mendapat pendedahan dengan syarikat terbaik dalam industri tidak kira di dalam atau luar negara!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…