Nissan Skyline akan lahir sebagai SUV elektrik, guna asas Nissan Ariya - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, "Skyline" merupakan antara plet nama yang tertua di dalam dunia automotif, di mana ia mula digunakan sejak dari tahun 1957 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari saat itu, sebanyak 13 generasi Skyline telah dihasilkan dalam bentuk sedan, coupe dua pintu, serta model berprestasi tinggi GT-R.

Disebabkan permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, pembangunan model sedan Skyline telah dibekukan dan berdasarkan laporan terbaharu daripada Best Car, Nissan sedang membangunkan generasi baharu Skyline menggunakan asas daripada platform CMF-EV (Nissan Ariya) yang akan muncul pada tahun 2025.

Jelas laporan itu lagi, Nissan Skyline EV itu dijangka akan menghasilkan kuasa melebihi 450 hp dengan sistem pacuan semua roda.
 

EV


Lebih menarik lagi, Nissan Skyline EV akan turut ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dengan menggunakan jenama Infiniti - pendekatan yang sama digunakan pada model sedan Skyline generasi terdahulu.

Untuk makluman, Nissan Skyline sebelum ini pernah ditampilkan dalam versi crossover pada tahun 2009 untuk pasaran Jepun.

Nissan juga bukanlah pengeluar pertama yang 'bersalah' menggunakan kembali nama ikonik dalam bentuk badan SUV.

Sebelum ini, kita telah pun melihat kehadiran model SUV Mitsubishi Eclipse Cross, sementara Toyota pula dijangka akan memperkenalkan SUV mewah menggunakan nama Toyota Crown dan Toyota Century.

Sumber: Best Car

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kebanjiran begitu banyak EV menenggelamkannya selain tidak meluas dipasarkan di benua sebelah…
Berita Global
Seperti contoh, kereta sports Mitsubishi Eclipse kini menjadi Eclipse Cross, Ford Mustang boleh…
Berita Global
Perjalanan kembara itu bakal meliputi jarak sejauh 27 ribu km dari Kutub Utara ke Kutub Selatan,…