Nissan Ariya NISMO 2024, lebih garang, kuasa bertambah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Ariya NISMO 2024
Nissan Ariya NISMO 2024
Seperti pengeluar Jepun lain, Nissan tidak melupakan varian sporti untuk ditawarkan kepada pengguna termasuk di pasaran tempatan.

Entah mengapa, aura sporti seperti yang ditunjukkan model NISMO nampak berbeza benar dengan model umum. 

Terbaru Nissan Ariya NISMO diperkenal di pameran Tokyo Auto Salon 2024. Seperti perenggan di atas, Ariya NISMO membangkitkan aura yang berbeza daripada model umum.

Ariya bukan kereta bandar seperti LEAF tetapi sebuah crossover yang nampak lebar dan tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Ariya NISMO 2024

 

Kebanjiran begitu banyak EV menenggelamkannya selain tidak meluas dipasarkan di benua sebelah sini. 

Ariya NISMO diasaskan dari Ariya e-4ORCE dan dari depan nampak sama namun berbeza.

Permukaan bampar dibentuk semula dengan sukuan bawah yang melintang dan pendakap sisi baharu.

Bahagian bawah dipasang bibir yang kemas dengan logos NISMO dan secara keseluruhannya membawa aura berbeza.

 

Nissan Ariya NISMO 2024

 

Bahagian sisi kereta menonjol dengan rim corak menegak saiz 20 inci yang direka khas untuk model ini dan dipadan bersama tayar 255/45.

Pendakap bawah alang pintu dengan jaluran merah dari bibir depan turut menonjolkan semangat NISMO.

Bahagian belakang menyerlah dengan bampar yang lazim untuk sebuah model NISMO. Turut menarik spoiler pada but dan dua antena sirip yu pada bumbung.

 

Nissan Ariya NISMO 2024

 

Kit NISMO yang dipasang meningkatkan prestasi aerodinamik.

NISMO menggunakan banyak pengetahuan dari kereta lumba untuk mengurangkan rintangan angin dan mempertingkatkan daya mendap secara berkesan.

Dari segi pengendalian, NISMO membuat penalaan pada komponen casis bagi meningkatkan kestabilan dan keupayaan di selekoh untuk menjadikannya lebih lincah.

 

Nissan Ariya NISMO 2024

 

Pacuan e-4ORCE turut ditala NISMO bagi membantu pemanduan dan prestasi di selekoh.

Bagaimana dengan kuasa? Ditingkatkan sekitar sepuluh peratus berbanding model asas dan NISMO membuat penalaan pada pecutan untuk prestasi dan rasa lebih tangkas.

Mod pemanduan NISMO mempunyai tetapan bagi memaksimumkan tindak balas dan memanfaatkan sepenuhnya kuasa pecutan sebuah EV.

 

Nissan Ariya NISMO 2024

 

Selain itu, pelanggan ditawarkan bunyi EV ala kereta lumba Formula E.

Bahagian dalam kereta tidak kurang menarik dengan jaluran merah dan dilengkapi kerusi khas NISMO.

Nissan menawarkan dua varian iaitu NISMO B6 e-4ORCE dan NISMO B9 e-4ORCE dengan kuasa berbeza.

Nissan Ariya NISMO 2024

Spesifikasi NISMO B6 e-4ORCE dan NISMO B9 e-4ORCE:

  • Panjang, lebar, tinggi (mm): 4,650 x 1,850 x 1,655 (1,650 - 1,660)
  • Jarak roda (mm): 2,775
  • Berat (kg): 2,080 (2,210 - 2,220)
  • Kuasa: 270 kW (320 kW)
  • Tork: 560Nm (600Nm)
  • Kapasiti bateri: 66 kWj (91 kWj)
  • Tayar: 255/45R20

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan Ariya NISMO 2024