NIO dapat suntikan US$2.2b dari Abu Dhabi

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat kenderaan elektrik China, Nio bakal menerima pelaburan bernilai YS$2.2 billion dari Abu Dhabi.

Pelaburan strategik itu diumumkan oleh Nio minggu lalu dan bakal membawa keluar syarikat itu dari kemelut kewangan yang dihadapinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada penghujung bulan ini dengan harga US$7.50 setiap satu. 

Pembelian saham itu akan meningkatkan pegangan CYVN di dalam Nio sebanyak 20.1 peratus dan ia akan membenarkan instrumen pelaburan Abu Dhabi itu untuk meletakkan dua orang pengarah dalam struktur syarikat Nio.

Sebelum ini, Nio telah mencatatkan kerugian berjumlah US$2.03 billion dalam tahun 2022.

Selain dari Nio, dua lagi syarikat EV China akan menerima pelabur baharu - Zhejiang Leapmotor Technology akan menerima pelaburan dari Stellantis dan Xpeng pula dari Kumpulan Volkswagen.

Jualan dan eksport untuk kenderaan tenaga baharu seperti EV dan PHEV di China naik hampir 40 peratus tahun ini (9.4 juta unit). 

Lebih dari 30 peratus jualan kenderaan baharu di sana ialah dari genre kenderaan tenaga baharu.

Laporan penuh di Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…