"Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya kepada media pada pelancaran Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di hadapan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.
Surina berkata dalam masa tiga hari Ops Selamat bermula 18 Jan, 836 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.
Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 1 Feb ini memberi fokus kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat.