Sesi pengenalan jentera perlumbaan baharu Movistar Yamaha, Yamaha YZF-M1 2018 tersebut berlangsung di Madrid, Sepanyol lewat petang tadi.
Untuk makluman, jentera baharu berkenaan akan ditunggang kedua-dua pelumba mereka, Maverick Vinales dan Valentino Rossi pada aksi perlumbaan itu nanti.
Difahamkan, inisiatif penggunaan motosikal baharu itu diambil berikutan kedua-dua pelumba terbabit kecewa dengan kuasa pecutan jentera YZR-M1 2017.
Perasaan kecewa itu timbul selepas mereka (Vinales dan Rossi) tewas kepada pelumba baharu Yamaha Tech 3, Johann Zarco yang hanya menggunakan jentera terpakai YZR-M1 2016 baru-baru ini.
Harus diketahui, penciptaan Yamaha YZF-M1 2018 berkenaan diinspirasikan daripada model YZR-M1 2016.
Vinales, 23, dan Rossi 'The Doctor', 39, dilihat begitu teruja ketika majlis pelancaran jentera perlumbaan baharu mereka itu berlangsung.