MOT kaji cukai jalan, nombor pendaftaran khas untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan terbaharu daripada Bernama, Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan yang akan dikenakan bagi kenderaan elektrik (EV) supaya ia lebih rendah berbanding kenderaan biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat supaya cukai jalan kenderaan berkenaan menjadi lebih murah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), bagi menggalakkan lebih ramai pengguna memiliki kenderaan elektrik.

Katanya ketika ini cukai jalan bagi kenderaan itu adalah percuma sehingga 2025, namun pihaknya mengambil maklum mengenai beberapa maklum balas dalam kalangan pengguna EV yang ingin tahu kadar cukai kenderaan EV selepas tamat tempoh itu.

"Kementerian Pengangkutan, yang juga anggota dalam Pasukan Petugas Khas EV dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada mesyuarat beberapa hari lepas, kita ada bentangkan satu kertas kerja bagaimana menyokong industri EV ini.

"Antara perkara yang akan dilaksanakan pihak kementerian ialah mengkaji semula struktur pencukaian jalan EV. Mengikut kaedah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memang ada pengiraan bagi kenderaan EV, dan memang pengiraaan cukai jalan bagi EV lebih mahal berbanding kereta biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Pelancaran Pusat Khidmat 4S GWM di sini hari ini.

Jelasnya keputusan mengenai kadar cukai jalan kenderaan EV itu akan diputuskan pada tahun ini.

Sementara itu Loke berkata pihaknya juga bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk kenderaan EV bagi tujuan membezakan ia daripada kenderaan biasa.

“Bagi aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan, cara pengendalian kereta itu berbeza daripada kenderaan lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air sahaja. Pasukan bomba ada prosedur operasi standard mereka sendiri," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…