Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM.
Selain menjimatkan masa dan kos, ia juga dapat mengurangkan kesesakan urus niaga fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ia akan dilaksanakan secara berfasa yang akan membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara) untuk permulaan.
"Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika pembaharuan akan menikmati rebat RM5, yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari hingga 31 Disember," katanya lagi.
Inisiatif tersebut hanya terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM menerusi kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pos Malaysia & MyEG).
Berdasarkan data, JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi semakin meningkat dengan 7.5 juta pengguna.
Pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigital tahun ini boleh memilih untuk mendapatkan LKM dan LMM fizikal.
Sumber: Berita Harian