"Laporan Nihon Keizai Shimbun (nama lama Nikkei) bertarikh 14 September menyebut kami (Mitsubishi) akan berkongsi platform kenderaan domestik dengan Nissan Motor dan menghentikan pembangunan platform, namun begitu ia hanyalah sekadar spekulasi oleh Nihon Keizai Shimbun semata-mata," jelas Mitsubishi.
Malah, pengeluar itu juga sedang merancang untuk melancarkan model domestik yang dibangunkan atas platform Mitsubishi dan membawakan elemen serta karakter Mitsubishi yang tersendiri.
Menariknya, Mitsubishi turut terbuka terhadap pilihan perkongsian platform dengan jenama Nissan, di mana jenama itu turut mempromosikan penyeragaman dan kecekapan platform di kalangan rakan sepakatan.
Sebelum ini, Nikkei melaporkan Mitsubishi mahu mengurangkan jumlah platform kenderaan kepada hanya empat sahaja menjelang tahun 2026, berbanding lapan platform yang dimiliki pada ketika ini.
Sumber: Carscoops