Dibawah kendalian pengedar sah Okuan Motors Sdn Bhd, Pusat 3S baharu ini turut menampilkan identiti jenama Mitsubishi Motors, selari dengan mesej global 'Drive Your Ambition' jenama itu.
Pusat 3S ini dibina dengan keluasan sekitar 5,000 kaki persegi, dan menawarkan kemudahan seperti ruang rehat pelanggan, kemudahan Wi-Fi, serta ruang khas untu kanak-kanak.
Selain itu, ia juga turut mempunyai pusat servis yang lengkap dengan peralatan diagnosis terkini, serta ruang servis yang boleh memuatkan tiga buah kereta pada satu-satu masa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "Okuan Motors telah bersama dengan keluarga Mitsubishi MOtors sejak tahun 2015 lagi menerusi pembukaan pusat 3S di Kuantan, Pahang.
"Sebagai sebuah pengedar yang komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, Okuan kini memperluaskan jejak mereka ke Terengganu menerusi pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.
Pusat 3S Mitsubishi Motors ini terletak di alamat No. F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman River Front, Biz Centre, 24000 Cukai, Terengganu.
Pusat pameran tersebut dibuka dari Sabtu hingga Rabu (jam 8.45 pagi-5.15 petang, dan Khamis (8.45 am-5.00 pm).