Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Ia meliputi keluasan sehingga 1,400 meter persegi, menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.
Pusat servis terbaharu ini mempunyai 8 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery, dan mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan pada setiap bulan.
Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata "Dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, ini seterusnya menunjukkan komitmen kami di Chery Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan kami di Sabah.”
Waktu operasi pusat pameran Chery Kota Kinabalu terbaharu ini beroperasi pada waktu seperti berikut ;
- Isnin hingga Jumaat : 8.30 pagi - 6 petang
- Sabtu : 8.30 pagi - 4 petang
- Ahad dan Cuti Umum : 10 pagi - 3 petang
Manakala, untuk pusat servis, ia beroperasi seperti waktu berikut ;
- Isnin hingga Jumaat : 8 pagi - 5 petang
- Sabtu : 8 pagi - 3 petang
- Ahad dan Cuti Umum : Tutup
Chery Kota Kinabalu bawah pengendalian Universal Chery Sdn Bhd adalah salah satu daripada 40 wakil pengedar Chery di seluruh negara.
Lawati Chery Kota Kinabalu untuk melihat rangkaian kenderaan Chery dari OMODA 5 ke TIGGO 8 PRO dan dari 22 Mac 2024 untuk melihat OMODA E5, EV pertama Chery.
Untuk senarai terkini pengedar jualan Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator