Mercedes panggil 1 juta kenderaan - sistem eCall beri maklumat lokasi salah selepas kemalangan!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 1.1 juta kenderaan di Amerika Syarikat berhubung kerosakan sistem panggilan kecemasan eCall.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Siasatan mendapati sistem panggilan kecemasan eCall tersebut berpotensi menyalurkan maklumat lokasi yang tidak tepat selepas berlakunya kemalangan.

Walaupun tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan, Mercedes-Benz di Eropah telah melancarkan siasatan melibatkan sebuah C-Class pada Oktober 2019, di mana pusat e-Class mendapati maklumat lokasi yang disalurkan adalah tidak tepat.

Kempen panggil semula ini melibatkan model kenderaan yang diproduksikan antara tahun 2016-2021 yang merangkumi CLA-Class, GLA-Class, GLE-Class, GLS-Class, SLS-Class, SLC-Class, A-Class, GT-Class, C-Class, E-Class, S-Class, CLS-Class, SL-Class, B-Class, GLB-Class, GLC-Class dan G-Class.

Masalah ini akan cuba diselesaikan menerusi kemaskini perisian yang akan dilakukan oleh pengedar atau kemaskini over-the-air bagi kenderaan yang dilengkapi dengan langganan Mercedes Me.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…
Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…