Mercedes-Benz Malaysia umum harga rasmi C350e - dari RM338,888

oleh Firdaus Razani|
Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi model C-Class Plug-in Hibrid yang telah diperkenalkan pada Februari lalu, iaitu C350e.

Sebelum ini, Mercedes-Benz Malaysia memberi harga anggaran untuk model sedan C-Class terbaharu, C350e ini bermula daripada RM355,000.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan tawaran waranti bateri selama enam tahun atau 100,000km (yang mana sampai dahulu).

 

c350e

 

C350e ini merupakan antara salah satu model Mercedes-Benz yang dipasang daripada kilang pengeluaran di Pekan, Pahang.

C350e baharu ini menampilkan rupa yang lebih sporty dengan menampilkan bahagian luar AMG Line berserta dengan Night Package.

Ia turut memperkenalkan ciri teknologi seperti DIGITAL LIGHT termaju dan Adaptive Highbeam Assist Plus, menandakan lonjakan teknologi ke hadapan.

 

c350e

 

Untuk trenkuasa, Ia menggandingkan enjin empat silinder sebari 1,999cc berkuasa sehingga 205hp dan 320Nm tork yang dipadankan dengan motor elektrik 129hp dan 440Nm.

Dengan gandingan dua kuasa tersebut, C350e mampu mencapai kuasa output sehingga 313hp dan 550Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Bagi motor elektrik, ia dibekalkan dengan pek bateri 25.4 kWj yang memberi jarak gerak sehingga 117km.

 

c350e

 

Dari segi prestasi, C350e mampu mencapai memecut dari 0-100kmj hanya dalam 6.1 saat dan mencapai halaju tertinggi sehingga 245kmj apabila kedua-dua sistem enjin dan motor elektrik bergandingan.

Untuk pengecasan pek bateri, dengan sistem pengecasan AC 11kW, ia mampu mengecas penuh dalam dua jam manakala pengecasan DC 50kW, ia mengecas sepantas 30 minit sahaja.

Bagi ruang dalaman, C350e menampilkan roda stereng sports balutan kulit Nappa, skrin kluster instrumen 12.3 inci, skrin infohibur 11.9 inci, tempat duduk balutan kulit, sistem bunyi keliling Burmester 3D, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

c350e

 

Ciri keselamatan yang tersedia pada C350e ini adalah pakej Lane Tracking, Active Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, kawalan jelajah, perlindungan pejalan kaki, sistem pemantauan tekanan tayar, kamera keliling 360 darjah, serta bantuan parkir aktif.

 

c350e