Mercedes henti penawaran enjin petrol, diesel menjelang akhir 2030 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz sedang mempercepatkan lagi peralihan kepada penggunaan trenkuasa elektrik dengan mengumumkan penamatan penawaran enjin pembakaran dalaman menjelang akhir dekad ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut laporan daripada Automobilwoche, ia membawa maksud setiap model yang masih dilengkapi dengan enjin petrol/diesel akan dihentikan penawarannya, termasuklah model plug-in hybrid (PHEV).

Tatkala kebanyakan pengeluar utama telah pun menetapkan tarikh sasaran untuk menjadi jenama EV, Mercedes dilaporkan tidak bersedia untuk menetapkan tarikh spesifik.

Alasan mereka, Mercedes-Benz masih lagi percaya masih lagi terdapat permintaan terhadap enjin pembakaran dalaman bagi pasaran yang kurang infrastruktur pengecasan yang lengkap.

Selain Mercedes-Benz, Audi juga merancang untuk menghentikan penawaran enjin petrol/diesel menjelang 2033, di mana mereka percaya penamatan penawaran model berenjin konvensional sepatutnya ditentukan oleh pemintaan pelanggan dan juga undang-undang.

Menurut laporan daripada Automotive News, Mercedes difahamkan akan mengumumkan perincian pada 22 Julai ini, namun tiada sebarang komen diberikan buat masa ini.

Sumber: Automobilwoche, Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…