Mercedes-Benz S-Class 2021 bawakan perubahan 'besar' luar dan dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada generasi baharu Mercedes-Benz S-Class menerusi gambar intipan yang diperoleh tersebar di laman media sosial baru-baru ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tiada sebarang pelekat samaran yang ditampal pada kereta S-Class serba baharu ini dan ia memudahkan kita untuk meneliti setiap perubahan fizikal yang dibawakan pada model generasi baharu ini.

Dimulakan di bahagian hadapan, Mercedes S-Class 2021 ini membawakan rekaan gril hadapan tipikal Mercedes-Benz yang diapit dengan lampu utama yang dilihat sedikit menipis rekaannya.

 


Sementara itu, ruang belakang pula menampilkan set lampu utama yang dihubungkan dengan garisan krom melintangi bahagian tersebut, serta rekaan bumper belakang  yang menampakkan ruang tip ekzos di bahagian kiri dan kanan.

Ruangan kabin Mercedes-Benz S-Class ini membawakan revolusi rekaan yang tersendiri dengan konfigurasi dua lapis yang membahagikan corong pendingin hawa di bahagian atas manakala skrin paparan pula direka seakan-akan menyamai sistem paparan Tesla.

Pada S-Class serba baharu ini juga turut ditampilkan penggunaan skrin instrumen digital seakan iPad di balik stereng yang turut direka semula dan kelihatan sibuk dengan gugusan butang fungsi.

 


Sebagai makluman, Mercedes-Benz S-Class dibangunkan berdasarkan platform MRA II yang mampu menawarkan ruang yang lebih besar berbanding model terdahulu serta penawaran sistem pemanduan autonomi tahap ketiga (LEVEL 3).

Perincian berkenaan sistem trenkuasa juga akan didedahkan dalam masa terdekat, namun difahamkan Mercedes-Benz akan mengekalkan penggunaan nadi V12 disamping pengenalan model plug-in hybrid dan juga hibrid.

Mercedes-Benz S-Class akan dilancarkan pada bulan September di Eropah.

 


Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…
Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…