Masalah alatganti Proton - sedang diselesaikan tetapi ambil masa

oleh HEZERI SAMSURI|
Masalah alatganti Proton yang membuatkan ramai pemilik terpaksa menunggu berbulan-bulan bagi membaiki kenderaan mereka akan beransur-ansur pulih.

Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai, tenaga mahir tempatan yang berpengalaman diambil untuk membantu Proton dalam menyelesaikan kemelut alatgantinya.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Kami sedang perlahan-lahan merungkai kekusutan yang ada dan kami memanggil masuk tenaga mahir tempatan yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah ini," terangnya kepada Careta menerusi perbualan telefon.

Buat masa sekarang, syarikat kenderaan nasional itu masih mengimport banyak alatganti dan komponen dari China kerana ia menerima hak istimewa dari pihak kerajaan Malaysia.

Pada mulanya Careta difahamkan bahasa masalah itu adalah hasil dari serangan penggodam terhadap sistem komputer Proton tetapi ia sudah mendapat penyelesaian.

Namun sekarang yang masih menjadi masalah ialah pengurusan yang kurang berpengalaman dalam mengendalikan syarikat automotif di luar negara China dan akibatnya, sistem komputer yang separuh jalan kerana tidak ada perancangan alternatif jika ada isu lain seperti Covid-19.

"Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah bekerja di luar China, dan Geely sendiri tidak mahir dalam pengurusan operasi CKD. Ini ditambah dengan sikap tidak percaya kepada warga tempatan dan juga tindakan lepas tangan dari kerajaan. DRB-Hicom juga sudah nampak bahawa ia tidak ada kawalan langsung ke atas Proton. 

Yang menerima bahana masalah sekarang ialah pengguna," ujar seorang pemerhati industri yang juga arif dengan isu alatganti Proton ini. 

Diharapkan agar isu alatganti yang melanda sekarang dapat dipulihkan kerana yang terkesan ialah pengguna-pengguna dan paling penting sekali, nama Proton, dan bukannya Geely.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…