MAM beri anugerah kepada UMW Toyota, iktiraf usaha promosikan sukan permotoran di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) baru-baru ini memberikan anugerah khas kepada UMW Toyota Motor Sdn Bhd sebagai pengiktirafan kepada usaha mempromosikan sukan permotoran kepada orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan permotoran.

Anugerah tersebut diberikan oleh Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir kepada Presiden UMWT Datuk Ravindran K semasa pusingan akhir Toyota GAZOO Racing Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 September-1 Oktober yang lepas.
 

vios


Menurut Tan Sri Mokhzani, Toyota telah memberikan sumbangan yang sangat besar terhadap usaha berterusan untuk memperkenalkan, mempromosi dan memupuk penghargaan terhadap sukan permotoran kepada orang ramai menerusi pengenalan perlumbaan jalanan di dalam GR Vios Challenge.

“Pendekatan ini memberikan impak dalam mendekatkan lagi sukan permotoran kepada rakyat, selain memberikan pengalaman berharga kepada pasukan dan pelumba.

“Selain itu, pengenalan program GAZOO Racing Young Talent Development Program dan Kelas Rookie di dalam GR Vios Challenge bukan sahaja memberikan platform terbaik untuk pelumba muda beralih daripada perlumbaan simulasi dan karting kepada perlumbaan sedan sebenar, ia juga turut membantu mempercepatkan keluk pembelajaran mereka untuk menjadi pelumba yang lebih berdaya saing.
 

vios


Tan Sri Mokhzani turut memuji usaha dan kesungguhan UMW Toyota Motor sewaktu pandemik COVID-19 sepanjang 2020 dan 2021 dan pasca pandemik 2022 yang menyaksikan perlumbaan GR Vios Challenge terus diadakan dengan protokol perlumbaan, keselamatan dan kesihatan yang ketat.

Sepanjang enam musim perlumbaan (2017-2023), Toyota GAZOO Racing Festival telah menarik lebih daripada 18 juta pengunjung dan penonton dalam talian yang menyaksikan siri perlumbaan GR Vios Challenge, GR Vios Sprint Cup dan GR Vios Enduro Cup.

Toyota juga kekal sebagai satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang terlibat di dalam e-sukan menerusi penganjuran GR GT Cup Malaysia yang kini memasuki tahun keenam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…