Maaf, I masih setia - Ducati

oleh HEZERI SAMSURI|

Jika anda berhasrat untuk membeli syarikat motosikal premium Ducati, kami minta maaf. Ducati nampaknya kekal setia di bawah Volkswagen.

Beberapa bulan lalu desas desus kuat mengatakan bahawa Kumpulan Volkswagen mahu menjual Ducati kerana memerlukan dana yang kuat untuk keluar dari kemelut dieselgate mereka.

Namun begitu Ducati dan Volkswagen pada awal minggu ini mengatakan gossip itu tidak benar dan Ducati akan tetap berada di bawah keluar Volkswagen.

Sebenarnya, gossip itu ada benarnya kerana sebuah bank pelaburan, Evercore Partners telah diupah untuk mencari syarikat-syarikat yang mahukan Ducati.

Kumpulan Volkswagen dikatakan bakal mendapat dalam Euro1.5 billion atau RM7.4 billion dari penjualan syarikat motosikal Itali itu.

Namun begitu, Kesatuan Pekerja Jerman yang mempunyai separuh dari kerusi di Lembaga Penasihat Volkswagen mengambil undi untuk tidak menjual Ducati.

Separuh lagi dari baki kerusi di lembaga itu pula tidak dapat bersatu untuk bersetuju atas cadangan menjual Ducati dan ini menyebabkan Volkswagen terpaksa melupakan hasrat itu.

Untuk Volkswagen, Careta tujukan sebuah lagu dari Azie, Pelamin Anganku Musnah.

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba MotoGP popular, Ben Spies mengumumkan persaraan beliau selepas musim MotoGP 2013 kerana…
Berita Global
Sudah menjadi pengetahuan umum nilai matawang negara tidak stabil. Menyusut, mengukuh dan menyusut…
Pelancaran Motosikal
Naza Bikes Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia kini telah…