Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916, rai ulang tahun 30 Ducati 916

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916
Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916
Selepas mengumumkan penyertaan di dalam perlumbaan motocross, enjin silinder tunggal dan model Hypermotard baharu, Ducati kembali menghangatkan suasano.

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916 dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-30 Ducati 916 yang berjaya memahat sejarah untuk pengeluar Itali itu.

Menjadi lambang reka bentuk dan dunia perlumbaan, Ducati 916 dipamerkan di Muzium Seni Moden, New York, Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati 916

 

Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa ke pasaran tempatan pada harga RM360,000.

DNA 916 dibawa ke produk baharu sebagai contoh bahagian depan dan pandangan melenggok dari atas.

Perkakasan lain juga membawa DNA 916 seperti lampu dan bucu depan, saluran udara, bentuk V reraut, bentuk berlian pada tangki, ekor belakang dan lengan ayun tunggal.

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

 

Grafik badan dipengaruhi motosikal Ducati yang ditunggang Carl Fogarty semasa memenangi Kejohanan Superbike Dunia 1999.

Gaya tersebut diterjemah semula melalui tiga warna (tricolour) pada reraut, angka putih dan nombor 1. 

Bahagian hitam pada atas reraut mengingatkan kepada saluran udara 916 dan warna hitam pada tangki menayang semula sejarah perlumbaan motosikal itu

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

 

Logo kemenangan pada bahagian atas tangki dibuat dalam warna emas seperti 916. Penutup tangki dimesin dari bilet aluminium.

Logo 916 terpampang besar pada reraut yang asalnya berwarna perak dan garis luar emas dimodenkan dengan gaya tiga dimensi.

Tidak hanya menjaja grafik, Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916 dilengkapi komponen gentian karbon. 

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

 

Di antaranya saluran udara untuk penyejukan brek depan, perisai haba ekzos, sayap dua bilah dan madgad depan.

Rim juga dibuat dari gentian karbon dan 1.4 kilogram (kg) lebih ringan berbanding rim Marchesini pada V4 S atau 3.4 kg lebih ringan daripada V4.

Banyak lagi perkakasan bermutu dan menarik seperti angkup brek Brembo Stylema R dan klac kering STM EVO.

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

 

Satu lagi, motosikal ini akan diserahkan bersama kit untuk litar seperti penutup aluminium untuk lubang cermin sisi, sistem Ducati Data Analyser+ dan beberapa lagi perkakasan.

Sebagai bukti model istimewa, plat hendal diukir nama model dan nombor buatan dan dibekalkan sijil ketulenan.

Bagi mengelak habuk menghinggap, Ducati juga menyediakan sarung motosikal khas.

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916 ditawarkan pada harga 37,195 pound (RM214,713) dan dihadkan kepada 500 buah sahaja.

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

 

Spesifikasi Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916

  • Enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc, 215,5 hp @ 13,000 rpm, 123.6Nm @ 9,500 rpm
  • Klac kering STM-EVO SBK
  • Sepit udang Öhlins NPX25/30 43 mm boleh laras dengan Öhlins Smart EC 2.0
  • Suspensi belakang Öhlins TTX36 boleh laras dengan Öhlins Smart EC 2.0
  • Sistem elektronik DTC EVO 3, DWC EVO, DSC, EBC EVO, Cornering ABS EVO, tentukuran tayar automatik
  • Kit Ducati Data Analyser+ (DDA+) dengan modul GPS
  • Angkup brek depan Brembo Stylema R®
  • Silinder brek depan Brembo MCS 19.21 dengan larasan kawalan
  • Rim gentian karbon
  • Tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP 120/70 (depan) dan 200/60 ZR17 (belakang)
  • Grafik khas 30° Anniversario
  • Plat hendal dengan nama model dan nombor motosikal (XXX/500)
  • Pelana dengan logo 30
  • Saluran udara brek depan, perisai ekzos gentian karbon
  • Penutup klac gentian karbon
  • Penutup gantian nombor plat
  • Penutup lubang cermin sisi
  • Penutup tangki minyak aluminium
  • Sijil ketulenan
  • Sarung motosikal

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916