Lamborghini baharu sahaja melancarkan SUV kedua mereka, Uruz yang memang menggegarkan dunia.
Careta dengar sudah ada beberapa hartawan Malaysia yang telah memesan Urus dari wakil jenama itu di Malaysia, Lamborghini Kuala Lumpur.
Ramai juga yang baharu tahu bahawa Lamborghini sudah pernah melancarkan sebuah SUV sebelum ini, LM002 (gambar di bawah) yang sebenarnya merupakan sebuah kenderaan khusus untuk tentera pada asalnya tetapi projek itu dibatalkan dan LM002 dijadikan kenderaan untuk orang awam.
Apa yang kita tidak ketahui ialah Lamborghini sebenarnya hampir mahu melancarkan SUV kedua mereka, LM003 pada pertengahan 1990-an semasa ia berada di bawah pengurusan syarikat Megatech dari Indonesia.
Megatech membeli jenama Itali itu dalam tahun 1994 dan mempunyai pelbagai perancangan. Sayangnya, kejatuhan ekonomi menidakkan banyak projek mega mereka kecuali satu, iaitu model Diablo Super Veloce.
Salah satu projek yang tidak menjadi ialah sebuah SUV dengan nama kod LM003, direka oleh pakar rekabentuk automotif legenda, Zagato.
Projek LM003 itu diuruskan dengan rakan kongsi Lamborghini ketika itu, syarikat kenderaan nasional Indonesia, Timor.
Pasukan dari Zagato membina sebuah model LM003 sebagai contoh dalam tahun 1997. Namun begitu, krisis kewangan Asian melihat kejatuhan MegaTech dan juga Timor dan akhirnya Lamborghini dijual kepada Audi.