Lexus Malaysia lancar pusat pameran mesra alam pertama di Klang

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia secara rasmi melancarkan pusat pameran mesra alam pertamanya di Malaysia yang terletak di Klang, Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak 1 Januari 2023 yang lalu, serta membawakan elemen-elemen rekaan berdasarkan garis panduan kelestarian dan mesra alam, selaras dengan komitmen Lexus dalam mengurangkan jejak karbon.
 

Lexus Klang


Antaranya penggunaan bahan lestari yang memiliki jangka hayat yang lebih panjang, sistem pencahayaan LED yang lebih jimat tenaga, serta penderia gerakan yang membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan air.

Selain menawarkan barisan model kenderaan mewah, Lexus Klang juga turut memberikan peluang kepada pelanggan Toyota untuk menaik taraf model kereta mereka kepada model Lexus menerusi program tukar-beli, serta menikmati manfaat LexusCare yang merangkumi bantuan tepi jalan komprehensif, perkhidmatan percuma, akses acara eksklusif dan sebagainya.
 

Lexus Klang


Menurut Datuk Ravindran K, Presiden Lexus Malaysia berkata, "Kami amat teruja untuk merasmikan pembukaan pusat pameran mesra alam pertama di Klang, dan berharap ia akan membuka laluan bagi usaha-usaha kelestarian lain pada masa akan datang.

"Dengan menyepadukan penggunaan bahan lestari dan teknologi penjimatan tenaga, kami mempamerkan komitmen dan keprihatinan syarikat terhadap kesejahteraan alam sekitar serta mengurangkan jejak karbon kami.
 

Lexus Klang


Lexus Klang terletak di alamat 1137, Jalan Kepayang, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor dan boleh dihubungi menerusi talian +(603) 3345 6482.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…