Malah, menurut Lamborghini, pencapaian suku pertama tahun ini merupakan pencapaian yang terbaik yang pernah diraih bagi jenama Itali tersebut.
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 8,405 unit kenderaan telah berjaya diedarkan, menjadikan tahun 2021 sebagai tahun jualan terbaik.
Rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah jualan, diikuti pasaran Amerika (32 peratus) manakala pasaran Asia Pasifik pula menyumbang sebanyak 28 peratus, melainkan pasaran Rusia di mana Lamborghini membuat keputusan untuk menghentikan operasi perniagaan mereka di sana.
Seperti yang dijangka, model Urus menyumbang kepada hampir 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, atau sebanyak 1,547 unit diikuti oleh model Huracan (844 unit) dan 148 unit Aventador yang sudah pun sampai ke penghujung kitaran produksinya.