Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition - 10 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Dengan angka produksi Aventador SVJ yang amat terhad, Lamborghini kini menawarkan versi yang lebih terhad dengan memperkenalkan Aventador SVJ Xago Edition.
AION MREC Banner Campaign May 2024


Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition hanya dihadkan produksinya dalam 10 unit sahaja, dan rekaannya diinspirasikan daripada struktur awan berbentuk heksagon di Kutub Utara planet Zuhal. 

Selain daripada itu, Xago Edition secara asasnya adalah untuk meraikan tema 'hexagonita' di dalam rekaan sesebuah jentera Lamborghini.

 


Para pembeli yang berminat boleh menetapkan konfigurasi serta spesifikasi yang diinginkan menerusi studio maya Ad Personam dari Automobili Lamborghini, tanpa perlu terbang ke Sant'Agata, Bolognese di Itali. 

Dari segi luaran, ia membawakan efek heksagon berwarna perak dengan liveri warna kontras unik dari Ad Personam, serta rim Nireo Ad Personam berwarna hitam. 
 


Tema 'hexagonita' itu tadi turut dibawakan pada ruang kabin, di mana ia ditampilkan pada tempat duduk, serta pembawaan warna kontras yang menyamai warna luaran. 

Malah, setiap satu unit Xago Edition ini boleh dicam menerusi pemakaian nombor khas. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan LSTA tersebut menggunakan jentera Lamborghini sememangnya khas untuk perlumbaan atas…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…