Koenigsegg Gemera kini dengan nadi V8, 2,300 hp, 2,750 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Instagram Koenigsegg Spirit of Speed
Pada tahun 2020, Koenigsegg menggemparkan dunia dengan ketibaan model hypercar mesra famili, iaitu Koenigsegg Gemera yang menampilkan enjin Freevalve tiga silinder dan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 1,700 hp dan 3,500 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin V8 5.0 liter turbo berkembar bagi menggantikan nadi Freevalve inline-3 itu tadi.

Secara keseluruhan, nadi V8 tersebut mampu meningkatkan output Gemera menjadi 2,300 hp dan 2,750 Nm yang dipadankan dengan transmisi Light Speed sembilan nisbah kelajuan.

 


Berbanding penggunaan nadi TFG, Koenigsegg Gemera kini mampu mencapai nisbah kuasa-kepada-berat 0.77 hp/kg.

Untuk pasaran tertentu, Koenigsegg Gemera kini telah dipasangkan dengan cermin sisi tradisional menggantikan kamera sisi, serta opsyen Ghost Package yang menambah splitter hadapan, S-duct, sayap belakang dan talaan aspek aerodinamik.
 

Gemnera


Pembeli Gemera masih lagi boleh menikmati ruang kabin yang mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa, lapan tempat meletak cawan (dengan fungsi pemanas dan penyejukan), skrin infohibur depan dan belakang, kawalan iklim tiga zon, dan juga pengecasan tanpa wayar.

Menurut laporan, kos untuk naik taraf kepada enjin V8 itu hanyalah sekitar $400,000 (RM1.87 juta) kepada harga asal hypercar empat tempat duduk itu.
 

gemera


Sebagai info, harga untuk sebuah Gemera bermula dari $1.7 juta (RM7.94 juta) dan Koenigsegg merancang untuk menghasilkan hanya 300 unit sahaja.

Baca: Koenigsegg Gemera 2020 - nadi tiga silinder Freevalve, 1,700 hp, 3,500 Nm

Sumber: Koenigsegg Registry

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, biarpun dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 2,300 hp dan 2,750 Nm, Koenigsegg…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Apa yang lebih menarik adalah nadi tiga silinder sebaris 2.0 liter yang digunakan sebagai asas…