Koenigsegg Gemera - hypercar mesra keluarga, enjin Freevalve tiga silinder, 1,700 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sinonim sebuah supercar, megacar dan hypercar akan didatangkan dengan nadi yang berkapasiti lebih besar, dan lebih bilangan silinder berbanding kereta belasahan anda seharian yang acah supercar itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Koenigsegg berjaya membuktikan bilangan silinder tidak membuktikan ia tidak mampu berjaya mencecah kuasa empat angka, dengan pengenalan Koenigsegg Gemera - mega GT dengan enjin tiga silinder!

Ya, anda tidak tersalah baca, Gemera ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris berkapasiti 2.0 liter  dengan teknologi tersendiri Freevalve yang dibantu peranan tiga motor elektrik. 
 


Secara keseluruhannya, gabungan kedua-dua sistem tersebut membolehkan Gemera menghamburkan 1,700 kuasa kuda dan 3,500 Nm daya kilas, serta membolehkan ia memecut sepantas 1.9 saat dari 0-100 km/j!

Malah, Koenigsegg mendakwa Gemera ini mampu mencapai catatan masa yang sukar untuk dipercayai dari 0-400 km/j. 

 


Untuk menggerakkan tiga motor elektrik itu tadi, Gemera menggunakan sumber kuasa daripada pek bateri 800 voltan yang membolehkan pergerakan sifar emisi sejauh 50 kilometer dengan kelajuan dihadkan kepada 300 km/j. Wau!

Bagi memastikan kuasa tersebut mampu dikawal, Koenigsegg turut melengkapkan Gemera ini dengan sistem stereng semua roda, sistem pacuan semua roda dan juga sistem torq vectoring untuk semua roda. 
 


Tidak dilupakan, ciri keselamatan yang cukup lengkap merangkumi casis monocoque gentian karbon, enam beg udara pintar, kawalan kestabilan, cagak ISOFIX serta ciri bantuan ADAS 2.5. 

Sebagai sebuah kenderaan di dalam kategori baharu (mengikut kata Koenigsegg), ia mampu memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa dengan ruang kabin yang sangat impresif untuk sebuah jentera pantas. 
 


Gemera Mega GT ini juga difahamkan sesuai untuk kegunaan seharian dengan kehadiran ciri seperti empat unit pemegang cawan, sistem infotainmen dengan paparan hadapan dan belakang, pengecas peranti pintar nirwayar depan dan belakang, sistem internet dan Wifi terbina, 11 unit pembesar suara, empat unit lampu membaca, tempat duduk dengan fungsi memori, serta sistem pendingin hawa tiga zon. 

Koenigsegg turut mendatangkan ciri pintu yang unik dinamakan sebagai Koenigsegg Automated Twisted Synchrohelix Actuation Doors (KATSAD) yang mampu dibuka luas untuk memudahkan urusan keluar masuk kabin. 
 


Untuk jentera dengan spesifikasi yang sangat impresif ini, Koenigsegg hanya mensasarkan sebanyak 300 unit terhad sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, biarpun dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 2,300 hp dan 2,750 Nm, Koenigsegg…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…