Dengan program ini, waranti kenderaan yang layak akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020. Program ini dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 pelanggan Kia di seluruh dunia.
“Matlamat kami adalah untuk membantu mengurangkan kebimbangan pelanggan kami mengenai penyelenggaran kenderaan semasa tempoh penjarakan sosial ini,” kata Sangdae Kim, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan Global Kia.
Kia Motors berkata bahawa syarikat akan sentiasa memantau perkembangan Covid-19 di negara-negara di mana ia menjalankan perniagaan. Ia juga telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah penularan virus itu di fasilitinya menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.