Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil dengan rekaan yang agak berani dan lebih radikal berbanding generasi terdahulu.
Rupa bentuk baharu itu dimulakan dengan rupa hadapan yang garang, gril hadapan yang besar yang masih lagi menampilkan rekaan hidung harimau yang lebih moden (Digital Tiger Face), diikuti dengan lampu LED dan lampu nyalaan siang berbentuk boomerang.
Ruang kabin Kia Sportage 2022 pula memperlihatkan rekaan papan pemuka berorientasikan pemandu dengan kehadiran skrin lebar, liang pendingin hawa 'tiga dimensi' serta konsol tengah serba baharu yang menempatkan rotary shifter serta gugusan butang fungsi di bahagian tersebut.
Untuk mereka yang mencari penampilan yang unik boleh mendapatkan Kia Sportage X-Line dengan rekaan bampar hadapan yang sedikit berbeza, aksen hitam serta penampilan rak bumbung yang lebih menonjol.