Kia Optima GT penuh ciri kemodenan

oleh |

Generasi keempat Kia Optima iaitu varian GT serba baharu kini ditawarkan untuk pasaran tempatan oleh Naza Kia Malaysia yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia.

Kia Optima GT adalah model Kia keempat yang diperkenalkan dalam negara tahun ini, dan merupakan kesinambungan kepada generasi ketiga Optima yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

All New Kia Optima GT Launch

"Apa yang anda saksikan hari ini adalah penxahiran ungkapan prestasi dan gaya kontemporari; satu kelas di atas yang lain hasil beberapa bulan kerja keras, penyelidikan dan pembangunan oleh pasukan kami dengan sokongan kolektif Kia Motors Corporation," kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George.

All New Kia Optima GT Launch 2

Generasi keempat Kia Optima GT serba baharu ini di pasang dalam negara dan hanya goleh didapati dalam trim atau hiasan GT. Trim ini menawarkan reka bentuk yang lebih agresif dan sporti, termasuklah jeriji krom depan baharu berbentuk Dot  Array Mesh Satin Chrome, bumper depan sporti serta bumper belakang yang baharu yang menggabungkan dua lohong ekzos dan peresap aerodinamik.

Kia Optima GT serba baharu kini menggunapakai teknologi LED dengan lampu siang. Yang lebih menarik lagi ia juga turut disertakan dengan teknologi baru Dynamic Bending Light yang menghalakan sorotan lampu mengikut hala pemanduan ketika menangani selekoh dengan menerangi sudut-sudut gelap bagi meningkatkan keselamatan keseluruhan kereta.

Samson turut menambah bahawa, "spesifikasi GT memberikan Optima beberapa ciri-ciri yang mengagumkan seperti lampu LED yang menyorot menerangi sudut gelap. Pelanggan juga akan menghargai keluasan ruang GT, yang dilengkapi dengan bumbung panorama kendalian elektronik."
IMG_4111
Kia Optima GT ini juga mungkin merupakan kereta pertama di Malaysia yang didatangkan dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar, yang sesuai digunakan dengan model telefon pintar yang menggunakan teknologi tersebut. Jadi kita hanya perlu meletakkan atau mengambil telefon tanpa kelecehan sambungan wayar. Pengecas telefon pintar tanpa wayar ini menggunakan medan elektromagnet untuk mengecas telefon, dan juga mempunyai pelindung lampau panas yang mengesan suhu termistor dalam modul pengecas itu dan mematikannya secara automatik jika ia mengesan suhu yang terlalu tinggi.

Tapi yang paling jelas, Kia Optima GT serba baharu ini adalah lebih besar daripada model sebelumnya. Secara keseluruhan, Kia Optima GT adalah 10mm lebih panjang daripada model sebelumnya, 30mm lebih luas, 10mm lebih tinggi dan mempunyai tapak atau jarak roda 10mm lebih panjang. Peningkatan ketinggian juga memberikan penambahan ruang ketinggian sebanyak 10mm, 25mm lebih ruangan untuk kaki serta penambahan ruang bahu di belakang sebanyak  17mm dan 20mm di depan.

Trim aluminium di tengah yang mengelilingi konsol gear bukanlah plastik malau, tetapi dibuat dari aluminium. begitu juga dengan  pedal penginjak yang memberikan penggayaan sporti. Pusat papan pemuka juga kini bersudut ke arah pemandu sebanyak 8.5 darjah, dan stereng berbentuk D yang rata di bawah juga melengkapkan watak sporti kereta ini.

Kemasan dalamannya diperbuat daripada kulit dan polimer berkualiti tinggi. Panel pintu kini disaluti dengan kulit lembut, begitu juga dengan kerusi, yang dikatakan telah dipertingkatkan lagi bagi menjadi antara yang paling selesa di dalam kelasnya.

Kerusi pemandu datang dengan fungsi memori (Intelligent Memory Seat - IMS) dan boleh dilaras dengan 12 cara yang berbeza, malah penumpang hadapan turut mampu melaras kerusinya dengan sepuluh kedudukan pilihan. Kerusi hadapan juga dilengkapi sistem pengudaraan yang meniup udara sejuk ke belakang pemandu dan penumpang. Bayangkan nikmatnya memasuki kereta ini dalam hari panas, dan duduk di kerusi yang meniup udara sejuk ke keseluruhan badan anda.... Pemanas juga dibekalkan ke semua kerusi depan dan belakang, mungkin sesuai di hari hujan sewaktu di Genting Highland atau Cameron, ataupun sebagai cara halus untuk 'menurunkan' penumpang yang kurang disenangi....

Ciri-ciri dalaman lain termasuk skrin TFT LCD 7-inci untuk sistem hiburan yang juga menampilkan MP3, MP4, Bluetooth, sambungan iPod dan ciri MirrorLink yang mencerminkan skrin telefon pada ke skrin paparan pusat yang dipasang.

Dan penggemar kereta tentu ingin mengetahui prestasinya apalagi memandangkan ia nya dihias dengan hurut GT. Kia Optima GT serba baharu ini dikuasakan oleh enjin petrol Theta II baharu 2.0 T-GDI berpengecaj-turbo, yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Janakuasa ini menghasilkan 242hp pada 6,000rpm dan 350Nm tork mulai hanya 1,400rpm. Dengan spesifikasi sebegini, ia menjadikan Kia Optima GT sebagai salah satu model kereta segmen D yang paling berkuasa dalam kelasnya dan setanding dengan beberapa sedan Eropah.

Angka prestasi juga adalah mengagumkan dengan pecutan 0 ke 100kmj dalam hanya 7.4 saat manakala penggunaan bahan api disebutkan sebagai 8.5 liter bagi setiap 100 kilometer (pada kitaran gabungan).

Tiga mod pemanduan turut ditawarkan sebagai pilihan - Sport, Normal dan Eco bagi menyumbang kepada prestasi keseluruhan dan kecekapan kereta. Mod Sport menyesuaikan kepekaan pendikit untuk prestasi maksimum dan juga agar stereng terasa lebih mantap untuk tujuan kawalan kereta pada kelajuan tinggi. Mod Normal pula melaraskan pendikit dan stereng kembali ke tetapan kilang biasa manakala Mod Eco mengurangkan kepekaan pendikit , meringankan stereng dan juga meperlahankan sistem penghawa dingin untuk pengurangan penggunaan bahan api.

Kia Optima GT serba baharu dilengkapi dengan 6 beg udara - dua untuk penumpang hadapan, dua beg udara sisi dan juga beg udara langsir. Terdapat juga peralatan keselamatan elektronik seperti sistem anti-kunci brek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control VSM), Kawalan Permulaan Cenuram (Hill-Start Assist Control HAC) dan Nyalaan lampu hentian Kecemasan (Emergency Stop Signal ESS ) yang berkelip tangkas secara automatik apabila brek dikenakan dengan mendadak. Kia Optima GT dianugerahkan lima bintang oleh EuroNCAP dalam ujian kemalangan, juga lima bintang oleh NCAP Asia, 5.1 bintang oleh NCAP Amerika Syarikat dan mencapai penarafan gred 1 dalam ujian kemalangan Korea NCAP.

Kia Optima GT ini menawarkan keseimbangan yang ideal bagi kuasa, keselesaan, kelapangan ruang dan yang lebih penting lagi ialah keselamatan untuk seluruh keluarga. Ia adalah baka yang mempunyai semua ciri-ciri moden yang diharapkan daripada sebuah kereta moden, dan pembeli boleh menenangkan fikirian dan pengalaman pemilikan dengan jaminan lima tahunnya. Optima GT akan ditawarkan dalam tiga warna yang berbeza : biru Gravity Blue, hitam Aurora Black dan putih Snow White Pearl mulai sekarang di kesemua bilik pameran Kia di seluruh negara pada harga permulaan RM179,888

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Careta sudahpun hampir mencapai perbatuan yang ke-10,000 dan ia bakal dihantar untuk servis yang…
Berita Global
Satu persatu figura dari jenama global terkenal menjadi tenaga kerja Kia atau Hyundai dan pelaburan…
Berita Global
Sejak sedekad lalu, Kia telah berjaya dalam proses transformasi dari syarikat yang dipandang…