Kia EV5 dilancar di Thailand - jarak gerak hingga 665 km dan harga dari RM162k

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia melancarkan model ketiga BEV (Battery Electric Vehicle) mereka, EV5 di Pameran Automotif Antarabangsa Bangkok 2024 (BIMS 24) hari ini.

SUV kompak bersaiz Kia Sportage itu membawa ciri-ciri rekabentuk EV9 tetapi dalam skala yang kecil. Lampu-lampu LED menghiasi ruang hadapan dan belakang sementara garisan tegak dan lurus memenuhi seluruh badan luaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di Malaysia.

Dimensi sebenar EV5 ialah 4,615 mm panjang, 1,875 mm lebar dan 1,715 mm tinggi. Jarak antara roda pula ialah 2,750 mm.

Bahagian belakang EV5 ini memang berpetak, dengan garisan LED halus yang turut menempatkan lampu-lampu yang wajib.

Kabin dalam memaparkan papan pemuka yang mirip EV9, dengan skrin 12.3 inci yang bercantum dengan skrin 5-inci khusus untuk kawalan pendingin hawa.

 

 

Pasaran Thailand menerima dua trenkuasa, pacuan roda hadapan dengan satu motor elektrik yang memberikan tenaga sebanyak 217 PS dan 310 Nm.

Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam 8.5 saat sementara halaju maksimum ialah 185 kmsj. Tiga varian menggunakan spesifikasi teknikal ini - Light, Air dan Earth Long Range.

Untuk Earth Exclusive AWD, ia mempunyai dua motor eletrik dengan pacuan semua orda dan memberikan 313 PS dan 480 Nm, dengan prestasi 0-100 kmsj sepantas 6.1 saat sementara halaju maksimum kekal 185 kmsj. 

Varian-varian Light dan Air menggunakan bateri lithium ion 64.2 kWh yang memberikan jarak gerak sejauh 490 km (NEDC). Pengecaj terbina yang dibekalkan pula ialah DC 102kW dan AC 7kW.
 

 

Masa mengecaj ialah 36 minit dari 10-80% SOC bagi DC dan 10-100% SoC dalam sembilan jam dan 43 minit untuk AC.

Varian Earth Long Range akan menerima bateri 88.1 kWh dengan jarak gerak 665 km. Varian Earth Exclusive AWD pula mempunyai jarak gerak 620 km. Pengecaj terbina pula berkapasiti DC 141 kW dan AC 11 kW.

Masa mengecaj DC sama seperti yang menggunakan bateri kecil, 36 minit untuk 10-80% SoC. Untuk AC, 10-100% SoC mampu dicapai dalam lapan jam dan 10 minit.

Harga-harga promosi di Thailand pula ialah bermula dari 1.249 juta baht (lebih kurang RM162k) bagi varian asas Light, 1.349 juta baht (RM175k) bagi varian Air.

 

 

Untuk Earth Long Range, harga meningkat kepada 1.549 juta baht (RM201k) dan Earth Exclusive AWD berharga 1.749 juta baht (RM227k). 

Promosi itu adalah sehingga hujung April ini.

Waranti yang diberikan ialah 7-tahun untuk kenderaan, 8-tahun untuk bateri dan servis percuma untuk tujuh tahun, bersekali dengan bantuan kecemasan jalanan (roadside assistance).

Menurut sumber Careta, Bermaz nampaknya tidak memberikan terlalu banyak fokus untuk membawa masuk EV5 ini kerana mereka mahu melancarkan abangnya, EV9 dahulu.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…