Kia mahu bina kenderaan baharu tentera! Prototaip keluar tahun ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Motors develops Military Standard Platform
Kia Motors develops Military Standard Platform
Model kereta penumpang keluaran Kia Motors mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyaingi jenama antarabangsa lain. Dari sekecil Picanto sehingga kepada Stinger yang tampil sporti dan bergaya.

Model mana lagi yang mempunyai keistimewaan tersendiri?

Ini yang terbaru apabila Kia Motors Corporation mengumumkan rancangan bagi membangunkan platform standard baharu untuk kenderaan ketenteraan masa depan.

Ianya bukan sekadar perancangan atas kertas apabila Kia mahu mengeluarkan prototaip kenderaan standard saiz sederhana pada tahun ini dan menyertai ujian penilaian oleh kerajaan Korea pada tahun 2021.

Sasaran syarikat adalah penempatan tentera bermula 2024 selepas proses pemiawaian (standardization) dan ujian pengeluaran awal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Motors develops Military Standard Platform

 

Projek pembangunan kenderaan standard saiz sederhana adalah hasil pelaburan bersama di antara tentera Korea dan Kia Motors.

Program skala besar ini melibatkan pembangunan kenderaan kalis peluru lima tan baharu dan penggantian kenderaan standard tentera 2.5 tan dan lima tan yang digunakan sekarang.

Kenderaan standard baharu tersebut akan dilengkapi teknologi terkini seperti ABS dan Pengawal Atur Anti Gelincir (Anti-Spin Regulator), Bantuan Parkir Belakang, Monitor Pandangan Keliling dan sistem navigasi satelit.

Dari segi kuasa, ianya digerakkan enjin 7.0 liter diesel tujahan tinggi dan transmisi automatik.

Kaedah pembangunan modular yang digunakan Kia membolehkan varian lain dibina pada masa depan seperti kenderaan yang dilengkapi sistem persenjataan dan model dengan spesifikasi dan teknologi khusus.

Kia Motors develops Military Standard Platform

 

Selain itu Kia juga telah membangunkan konseptual ringkas untuk kenderaan serba rupa bumi (ATV) tentera dan merancang untuk memperkenalkan unit prototaip pada tahun depan.

ATV tersebut bukan sahaja untuk kegunaan ketenteraan tetapi juga pelbagai bidang seperti pengindustrian atau rekreasi dan dibina dari casis asas Kia Mohave.

Bagi menyumbang kepada pembangunan sistem tempur tentera pada masa depan, Kia bergiat secara aktif di dalam program penyelidikan dan pembangunan termaju melalui kombinasi teknologi automotif terkini dengan kenderaan ketenteraan.

Kia juga sedang membangunkan teknologi pemanduan autonomi untuk kenderaan ketenteraan dan boleh diguna untuk menghantar bekalan.

Kia Motors develops Military Standard Platform

Kia turut meneroka teknologi hidrogen sel bahan api (hydrogen fuel cell) untuk pelbagai kegunaan ketenteraan.

Kia Motors sebenarnya bukan baharu di dalam bidang kenderaan ketenteraan dan telah mengeluarkan pelbagai kenderaan untuk tentera Korea dan tentera luar. 

Jumlah kenderaan tentera yang dikeluarkan telah pun mencecah 140,000 unit.

Penulis: Muhamad Md Tajudin

Kia Motors develops Military Standard Platform

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…