Kia jual lebih dari 1.5 juta kenderaan sehingga Julai 2017!

oleh Muhammad Md Tajudin|

Kenderaan Kia selalu disebut sebagai pencabar utama kenderaan buatan Jepun dan Eropah. Tidak kurang juga yang mengagumi dan membandingkannya dengan Proton.

Tetapi benarkah dakwaan itu dan berapa sebenarnya jualan global dan domestik Kia?

Pada 1 Ogos lalu, Kia Motors Corporation telah mengumumkan keputusan jualan bulan Julai 2017.

Jualan kumulatif global yang merangkumi kenderaan seperti kereta penumpang, rekreasi dan komersil pada bulan tersebut ialah sebanyak 216,118 unit.  

 

Kia jual lebih dari 1.5 juta kenderaan sehingga Julai 2017!

 

Jualan domestik di Korea Selatan menurun sebanyak 0.9 peratus berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 43,611 unit. Pada Julai 2016, jualan meningkat hasil daripada pengenalan dua model baharu iaitu Cadenza dan Niro.

Jualan global pada bulan Julai 2017 juga menyaksikan penurunan lebih banyak iaitu 6.8 peratus berbanding tahun lalu kepada 172,507 unit. Menurut Kia, penurunan itu disumbang oleh kejatuhan jualan di pasaran China.

 

Kia jual lebih dari 1.5 juta kenderaan sehingga Julai 2017!

 

Secara keseluruhan, jualan Kia dari Januari hingga Julai tahun ini menurun sebanyak 8.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,536,388 unit. Jualan tempoh sama tahun lalu ialah sebanyak 1,686, 643 unit.

Model paling laris Kia di peringkat global pada bulan Julai ialah Sportage dengan jualan sebanyak 29,498 unit.

Kedua terlaris ialah Cerato dengan jualan sebanyak 23,626 unit manakala Rio pula sebanyak 21,960 unit.

 

Data Jualan Kia Julai 2017

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Beberapa hari sebelum ini Careta bawakan berita mengenai Volvo Cars mahu memasang kenderaannya di…