Kempen Menentang Penggunaan Lampu Silau

oleh SALINA JALIL|
Teknologi yang ada pada kereta sekarang memang membantu para pemandu ketika di atas jalan. Sebagai contoh, kereta moden telah banyak dilengkapi dengan lampu utama jenis LED, xenon, halogen, dan HID. Lampu-lampu jenis ini sememangnya terang menyuluh, disamping menawarkan pencahayaan yang sekata membantu pemandu ketika memandu di waktu malam.

Namun, tahukah anda, di London terdapat satu kempen yang dilancarkan bagi menentang penggunaan lampu seumpama itu di atas jalan raya. Kempen itu digelar "Lightmare" yang dimulakan oleh sekumpulan pemandu teksi di London pada tahun 2011. Mereka ada asas mereka tersendiri disebalik kempen ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dilakukan, terdapat 65% responden yang selalu mengalami "khayalan" akibat terpesona dengan silau lampu dan 15% lagi melaporkan mereka hampir terlanggar sesuatu disebabkan keadaan yang sama. Majoriti responden didapati akan mengambil masa hampir 5 saat untuk kembali kepada penglihatan normal. 5 saat itu sebenarnya terlalu singkat, namun sekiranya anda sedang memandu pada 100km sejam, anda telah bergerak sejauh 134 meter! Dalam masa beberapa saat itu, banyak perkara boleh terjadi sekiranya anda didalam keadaan "buta sebentar".

 

Penggunaan lampu yang terang memang membantu penglihatan, disamping mengurangkan tekanan bagi pihak pemandu. Namun dari sisi negatif, ia mengakibatkan keadaan silau oleh pemandu dari arah bertentangan. Silau ini boleh menyebabkan keadaan mata "buta sebentar".

 

Doktor Heilig, seorang pakar mata dari Universiti Vienna menyebut: Silau boleh menyebabkan reaksi seumpama sakit fizikal.

 

Beliau menyamakan signal yang terhasil akibat silau adalah sama seperti kita mengalami ketegangan otot. Sebagai respon terhadap isyarat terhasil daripada keadaan silau tadi, kita akan mengelipkan mata beberapa kali (untuk mengelakkan silau) dan berkemungkinan menutup mata tanpa disedari.

Hal ini turut disokong oleh Professor John Marshall dari Kolej Universiti London. Menurut beliau, ketika memandu pada waktu malam, mata kita terbuka luas untuk mencari cahaya sebagai panduan. Disebabkan tenaga cahaya yang terlalu banyak memasuki ruang mata, ia menjadikan mata kita susah untuk melihat. Dan keadaan "buta sebentar" ini mengambil masa hampir beberapa saat sebelum dapat pulih seperti sedia kala.

 

Walaupun lampu utama pada kereta moden ketika ini dilengkapi dengan suis boleh laras ketinggian suluhan sebagai satu cara untuk mengurangkan masalah silau, tidak ramai pengguna yang betul-betul mengaplikasikannya di dalam pemanduan seharian. Bahkan kereta mereka antara yang paling banyak disumpah seranah disebabkan tahap kesilauan lampu yang mengalahkan lampu limpah stadium.

 

Kami berharap agar kita sebagai pemandu sentiasa bertimbang rasa di atas jalan, walau macam mana moden sekalipun kereta kita. Pengguna yang bijak akan memastikan tahap ketinggian suluhan lampu utama mereka pada tahap yang tidak membahayakan nyawa pengguna lain di atas jalan.

 

 

Artikel dari penulis muda Muhamad Hanif dan sumber artikel dari:

1. http://www.lightmare.org

2. https://www.carthrottle.com/post/ultra-bright-headlights-are-causing-accidents-say-campaigners/

3. http://www.dailymail.co.uk/news/article-4464138/Wondering-car-headlights-painfully-blinding.html

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dalam operasi dua jam yang bermula pada 9 malam itu, sebanyak 496 kenderaan diperiksa dan 55…
Informasi
Teknologi lampu kenderaan premium semakin maju dan mentol halogen kini terasa seperti sudah terlalu…
Informasi
Ada di antara kita yang suka memandu di waktu malam. Antaranya ialah keadaan trafik yang kurang…